Terengganu, Malaysia

‘Tolak GST’ : Muslimat Akan Kempen Berterusan

20150417_182709 (2)

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Terengganu menyifatkan cukai GST adalah merupakan satu kezaliman yang kena kepada semua peringkat masyarakat.

Mewakili Muslimat berucap pada Himpunan ‘Tolak GST’ Puan Zaitun Abas berkata kaum wanita ata muslimat paling terasa kesan perlaksanaan cukai tersebut sejak 1 April lalu.

IMG-20150417-WA0032 (2)“belum sebulan GST diperkenalkan tetapi kami pihak wanita, muslimat sendiri amat terkesan dengan bebanan yang begitu besar, dengan perbelanjaan yang begitu besar,

“dengan perbelanjaan keluarga begitu meningkat, (dan rasa cukup) tertekan,”ujarnya ketia berdiri di pentas, di Pantai Pantai Buruk pada petang Jumaat 17 April.

Ketua Lujnah Kebajikan Muslimat PAS Terengganu itu tampil bersama Ketuanya Puan Safinah Jusoh dan menyeru orang ramai yang hadir, menukar kerajaan Umno-BN sekarang pada pilihanraya umum akan datang.

“Inilah merupakan satu sistem yang membawa kepada kezaliman, yang membawa kepada pengkhianatan kita yang akan menggantikan kerajaan kita insyaAllah.

“Ini adalah merupakan satu isu yang besar yang kita tak boleh nafikan bahawa dengan kenaikan GST ini, dengan pengenalan GST ini akan menumpaskan Barisan Nasional insyaAllah.

“Kita mintak semua muslimat, kita minta semua wanita hari ini agar kita boleh bekerjasama, tidak kira di mana mereka, kita perlu kesatuan (bersatu) sokongan supaya GST ini dapat dimusnahkan,”tegas beliau.

IMG-20150417-WA0025Menurutnya, Muslimat PAS akan akan meneruskan penerangan dan kempen ‘Tolak GST’ supaya rakyat tidak tertipu dengan dakyah Umno-BN.

Beliau mengingatkan tipu daya Umno-BN yang akan enurunkan harga barangan tertentu ketika hampir kepada waktu pilihanraya, tetapi sebaliknya, menaikkan kembali harga tersebut, sebagaimana yang berlaku sekarang.

“ (jangan) tertipu dengan perangai Barisan Nasional dengan menurunkan harga barang dan sebagainya (ketika hampir pilihan raya)

“Dan kami memohon semua muslimat sekalian, wanita pada hari ini, menyeru kepada semua peringkat wanita supaya kita membantah, satu hari kena GST RM10…………… kalau sebulan (berapa?),”jelasnya.

Beliau yakin dengan penerangan ‘Tolak GST’ secara berterusan akan memberi kesedaran kepada semua pihak untuk menolak Barisan Nasional, dan menggantikannya dengan kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat.

“in sha Allah mudah-mudahan berhimpun kita di sini, memberi kesedaran (berterusan) kepada semua supaya tolak Barisan Nasional, (kerajaan) PAS akan ganti (kerajaan) UMNO,”katanya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan