Dato’ Ustaz Tuan Pengarah PRK Rompin

967

PAS hari ini mengumumkan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin 5 Mei depan, sambil menambah ia akan mengumumkan calonnya hari Isnin depan.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, Naib Presiden Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjadi Pengarah mengetuai jentera pilihanraya PAS bagi PRK tersebut.

IMG-20150413-WA0035“Selepas mesyuarat hari ini pada 13 April, Isnin … kami telah membuat keputusan untuk bertanding di Rompin pilihan raya kecil.

“Kami juga akan membuat keputusan calon pada 20 April,”kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada sidang akhbar hari ini di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Menurutnya PAS Wilayah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Johor, Sabah, Sarawak dan sebahagian ahli kelantan akan berrugas di PRK Rompin

Kerusi Rompin kosong, berikutan kematian ahli Parlimennya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam satu kemalangan helikopter di Semenyih Selangor pada 4 April lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan pada 10 April Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin akan diadakan pada 5 Mei.

Penamaan calon bagi PRK Rompin pada 22 April, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 30 April.

Kawasan itu mempunyai 53,294 pemilih berdaftar, terdiri daripada 52,744 pemilih biasa, 545 pemilih awal dan lima orang pengundi tidak hadir luar negara.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mengalahkan Mantan Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.