Perkembangan Terkini Banggol Donas; Peguam Akan Bertemu Hakim Di Kamarnya

1057

KUALA NERUS – Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas Haji Salleh Embong berkata beliau akan membuat laporan polis dan mengarahkan peguamnya bertemu dengan hakim sebagai usaha untuk menghalang penguatkuasaan perintah meroboh rumah penduduk.

“kita nak menghalang erobohan ini sebab yang pertamanya kita dah failkan kepada mahkamah persekutuan dan belum dibicarakan lagi kemudian kita dah failkan kepada mahkamah tinggi Kual Terengganu memohon notis penguatkuasaan ini ditangguhkan,

IMG-20150412-WA0099“esok peguam kita akan jumpa hakim dikamar dia, minta dibicarakan esok selalu (serta merta) sebab ini kita anggap kes darurat sebab sebuah kampung akan hancur sekiranya dibiarkan (tindakan meroboh) begitu,”jelasnya.

Beliau berkata satu laporan polis akan dibaut pada Ahad (12 April) malam kerana menurutnya sekiranya tindakan perobohan ini adalah perintah mahkamah, pihak pejabat tanah sepatutnya memaklumkan kepada pihak yang terbabit.

Namun katanya, tindakan yang akan dibuat oleh Pejabat Tanah Kuala Terengganu melalui surat yang pada 8hb April lalu, tidak dimaklumkan kepada pihaknya.

“tapi ini tidak dimaklum…….dia diam-diam…..kita tahu (tindakan yang akan diambil) ini pun dari maklumat (pihak) ketiga bukan dari pejabat tanah,

“sebab kita ni ada hak kalau mengikut perlembagaan persekutuan…..hak keatas harta dan hak ini mestilah dijaga……..mestilah dilindungi,”katanya ketika ditemui dirumah beliau pada petang Ahad.

Tapi, katanya, tindakan pejabat tanah membelakangkan undang-undang dan tidak mendengar rayuan, walaupun telah difailkan kes tersebut kepada mahkamah persekutuan.

Beliau berkata, paling tidak pun, beliau berharap, hakim akan mengeluarkan arahan menangguhkan perobohan tersebut, apabila peguamnya bertemu dengan tuan hakim pada hari esok (hari ini).

https://youtu.be/0OndpFURGbg