Lim Guan Eng ‘Celupar’, Usaha Untuk Singkirkan Presiden – Ustaz Satiful Bahri

1023

KUALA TERENGGANU – Tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh DAP amat mengejutkan PAS Negeri Terengganu kerana Pakatan Rakyat adalah merupakan tahaluf siyasi iaitu kerjasama antara parti politik, bukannya dengan pemimpin parti.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat menyelar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan mendakwa keputusan parti DAP adalah suatu campurtangan DAP terhadap PAS.

Screenshot (981)“apa yang disebut oleh Lim Guan Eng itu amat mengejutkan kita………satu tindakan yang tidak munasabah…………ia tidak memutuskan hubungan dengan PAS tapi memutuskan hubungan dengan Presiden PAS,

“sedangkan hubungan antara (parti) dalam Pakatan Rakyat merupakan Tahaluf Siyasi…….satu kerjasama atau pakatan politik yang melibatkan ‘parti dengan parti’ bukan parti dengan individu,

“jadi…..Tuan Guru Haji Abdul Hadi ini merupakan pemimpin PAS yang memimpin gerakan Islam yang mempunyai prinsip dan dasr-dasarnya,

“tindakan (dan kenyataan) yang dibuat oleh Lim Guan Eng itu ‘celupar’ yang tidak ada etika yang membuat tuduhan melampau terhadap Presiden PAS, ”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh pihak media di pejabatnya, di Taman Seri Intan dekat sini pada Rabu 25 Mei.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, DAP tidak boleh menyembunyikan fakta bahawa pembentangan Hudud yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan adalah dalam pengetahuan pemimpin PAakatan Rakyat dan DAP sendiri.

“dia berkait rapat dengan pembentangan atau pindaan Enakmen Jenayah Syariah negeri Kelantan…….sedangkan pembentangan (asalnya) telah dibuat pada tahun 1993,

“jadi dalam hal ini, sebenarnya tidak boleh disembunyikan (oleh DAP) penerangan telah dibuat, penjelasan oleh Nik Amar (Timbalan Menteri Besar Kelantan) telah empat kali membuat pertemua dan penjelaan kepada majlis pimpinan Pakatan Rakyat,

Screenshot (979)“bahkan pada tahun 2011 sudah ada kenyataan bersamamelibatkan isu Hudud bahawa DAP tidak bersetuju dengan Hudud yang dibawa oleh PAS seperti PAS yang tidak bersetuju dengan pilihanraya kerajaan tempatan,

“sepatutnya perkara (kenyataan DAP) tidak timbul……,”jelas beliau.

Namun, katanya, pada mutakhir ini ada usaha untuk menjatuhkan Presiden PAS dan mendakwa kenyataan DAP serta Lim Guan Eng itu adalah ‘signal’ untuk campurtangan dalam pemilihan kepimpinan PAS yang akan datang.

Menurutnya, ia adalah bukti bahawa ada usaha yang dibuat oleh DAP untuk menaja individu bagi menyingkirkan Presiden PAS.

Sedangkan kata beliau, sehingga kini tidak ada mana-mana ahli PAS yang layak menggantikan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

“mungkin apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng merupakan satu ‘signal’ untuk campurtangan dalam (pemilihan) kepimpinan PAS (kerana) mutakhir ini kita melihat seolah-olah ada cubaan untuk menyingkirkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

“dan usaha-usaha untuk menaja orang bagi bertanding jawatan Presiden mungkin seolah-olah diberi sokongan oleh DAP,”katanya.

https://youtu.be/3K2040WHUT4