Mengapa Pilih Syarikat Luar Bina ‘Tun Razak Exchange’

855

Pemilihan Lend Lease, syarikat hartanah dan infrastruktur antarabangsa berpengkalan di Australia sebagai rakan kongsi utama 1 MDB untuk membangunkan pusat kewangan Tun Razak Exchange adalah keputusan yang yang menghairankan.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar, ia adalah kerana projek mega bernilai RM8 billion itu sepatutnya diusahakan sendiri oleh syarikat tempatan yang tidak kurang hebat dan berkemampuan.

mahfuz“Mengapa pula Malaysia ingin bergantung lagi kepada kepakaran luar untuk membangunkan hartanah sedangkan pihak kerajaan sibuk mencanang negara kita sudah berada di landasan yang tepat menuju Wawasan 2020,”ujarnya dalam satu kenyataan

Beliau menambah, kota pentadbiran Putrajaya dibina oleh Putrajaya Holdings Berhad, KL Sentral dibina oleh MRCB bahkan UDA pula telah berjaya membangunkan pelbagai jenis hartanah semenjak tahun 1970an lagi, jelas membuktikan pada hakikatnya Malaysia sudah ada kemampuan sendiri untuk membangunkan hartanah.

Justeru itu, beliau menggesa Housing Developers Association untuk membantah tindakan Perdana Menteri dan 1 MDB yang memilih Lend Lease Australia sebagai rakan kongsi 60% dalam membangunkan Projek Tun Razak Exchange.

“Sudah tiba masanya, kita berdiri atas kaki kita sendiri tanpa terus bergantung kepada pihak luar,”tambahnya