KUALA TERENGGANU – Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia Dato’Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan syukur kepada Allah kerana pejabatnya yang menjadi penganjur, telah berjaya mengadakan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang telah menghadiri dan membuat liputan program tersebut serta melaporkan menurut kemampuan.
“terima kasih kepada media yang membuat kunjungan dan liputan, dengan sekadar kemampuan mereka, sekadar ruang yang ada di Malaysia ini,


Dengan itu, kata beliau, ia dapat menyedarkan umat Islam agar memberi sokongan dan dokongan kepada perjuangan membela mereka yang tertindas di seluruh dunia, khususnya di Palestin.
Beliau berkata demikian pada sidang media, selepas menyampaikan pidato akhir pada Sabtu malam, 21 Mac, di Dewan Tok Guru, masjid Rusila, Marang.
Katanya, isu Palestin yang sengaja diwujudkan oleh ‘kuasa besar’ sejak setengah abad yang lalu, adalah isu yang kritikal, bukan sahaja kepada Islam bahkan akan mengancam keselamatan seluruh dunia.
“Kita perlu sedar siapa yang wujudkan isu ini……….(kalau kita) baca kembali sejarahnya dalam Perang Dunia ke-2 pada tahun 1948, negara Israel diluluskan oleh kuasa-kuasa besar yang melibatkan timur dan barat yang melibatkan Amerika, Rusia, Perancis, Britain.
“Mereka yang mewujudkan Israel, disebabkan itu pada hari ini mereka mencari penyelesaian kepada Palestin dengan mewujudkan dua negara iaitu satu negara untuk orang Yahudi dan satu negara untuk rakyat Palestin……..mereka mengiktiraf Yahudi di dalam negara Palestin,”jelasnya.


Menurutnya, para pemimpin Islam mahukan satu negara Palestin untuk masyarakat majmuk dimana Yahudi dan Islam serta Kristian boleh tinggal bersama di dalam negara itu, walaupun mengikut sejarahnya, bumi Palestin adalah bumi Islam.
“Islam yang berhak. Dan mengikut sejarahnya tak pernah adil kalau Kristian memerintah mereka bunuh Yahudi dan apabila Yahudi memerintah mereka membunuh kristian. Namun, apabila Islam memerintah, tidak membunuh yahudi dan kristian.
“Bahkan di sana ada mazhab ortodok yahudi iaitu mazhab ‘Natibo Kata (Naturei Kata)’, yang menganggap penubuhan negara Israel adalah salah dari segi agama mereka. Hal itu (penubuhan Israel) dipelopori oleh kalangan sekular, orang yang fanatik bangsa Yahudi yang sengaja mewujudkan perkara ini,”katanya.
https://youtu.be/e2W-SwukLqI?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q





























