Kehadiran Muslimah Gaza Jadi tumpuan di Ijtimak

1183

Oleh : Haida al-Ansariyah

Kehadiran muslimah kelahiran Gaza menggamit pengunjung di ijtima pada penganjuran kali ini. Beliau yang dimaksudkan ialah saudari Sumayyah Abu Nimar yang dilahirkan di Gaza, Palestin juga merupakan pimpinan dari Palestinian Cultural Organization Malaysia (PICOM) iaitu sebuah organisasi Palestin di Malaysia.

Ketibaan beliau ke tapak program dimulakan dengan menyampaikan pidato khas bagi program Pentas Muslimat Pemimpin gerakan muslimat gerakan Islam Antarabangsa. Beliau menekankan betapa muslimat Palestin cukup memainkan peranan mereka dalam perjuangan di bumi Palestin. Mereka bukan hanya sayap kiri perjuangan malah lebih dari itu iaitu pendokong perjuangan. “Mereka (wanita Palestin) turut menjadi ‘pahlawan’ dalam usaha mmbebaskan Jerusalem, wilayah bersejarah Palestin, dari sungai hinggalah pantai, bukan separuh tapi keseluruhannya” katanya.

IMG_7606 (2)Antara intipati lain dalam pidato yang beliau sampaikan ialah kisah seorang mujahidah juga seorang ibu yang mulia yang meningggalkan bayinya, seorang anak perempuan termasuk tiga anak lelaki kerana melakukan pengeboman terhadap askar Israel. Betapa wanita Palestin mengejar dalam mendapatkan syahid. Malah, mereka sendiri akan memastikan kesemua anak-anak mereka untuk menyertai pejuang Al-Qassam menentang kekejaman zionis laknatullah.

Mereka (wanita Palestin) adalah jantung masyarakat, yang menggerakkan masyarakat dalam satu sisi yang lain. Segala rasa dan pengalaman sepanjang beliau di Palestin diluahkan dengan penuh sayu dan sebak dalam pidato yang disampaikan. Dapat disimpulkan, penglibatan wanita sangat tinggi dalam gerakerja kemasyarakatan dan jihad sehigga kira-kira mencecah 90% daripada jumlah kehadiran wanita.

Graduan lulusan Ijazah dari Universiti Gaza dan Sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu turut meluahkan kata-kata terharunya kerana kprihatinan dan kecaknaan dengan penganjuran ijtima pada kali ke-3 ini yang bertemakan “Palestinku”. Selain itu juga beliau menyatakan hasratnya terutama buat muslimat yang hadir dan seluruh muslimat amnya agar terus mendoakan perjuangan rakyat Palestin. Sejurus selasainya pidato tersebut, beliau turut meluangkan masa melawat galeri-galeri pameran yang juga bertemakan Palestin.