Didik Masyarakat Fahami Hudud

967

Oleh : Zharudin Narudin

Saya merasa bersyukur dan gembira kerana pada hari ini Rang Undang-undang jenayah syariah ll dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Biarpun kritikan dan komen sinis sesetengah pihak terhadap rang undang-undang tersebut terpampang di media arus perdana dan alam maya, kerajaan Kelantan tetap teguh membentangkannya.

Sejauh mana undang-undang ini akan memberi kesan positif dalam institusi masyarakat dalam negeri itu tidak boleh ditafsir pada saat ini. Ini akan dibuktikan apabilanya dilaksanakan kelak. Ianya adalah perkara normal bagi sesuatu proposal yang baru. Ini juga satu proses demokrasi yang dijulang tinggi di negara ini. Apabila hak bersuara tiada, dipenjara, di anak tirikan pembahagian hasil negara( seperti negeri sarawak), dinafikan hak ( seperti royalti minyak negeri kelantan) , hak kewanitaan dalam institusi masyarakat, hak beragama dalam masyarakat majmuk dan lain-lain lagi yang saya anggap perkara kecil kesan ketidak adilan undang-undang sedia ada dianggap TIDAK DEMOKRASI di negara ini, maka kenapa isu perlaksanaan undang-undang jenayah syariah ini khas untuk orang Islam sahaja tidak dianggap suatu proses demokrasi? Malah ianya hanya dimulakan di negeri kelantan?

sidang-dunSarawak terlalu jauh berbanding dengan negeri kelantan bukan sahaja dari sudut geografinya, malah sudut pandang demografi politiknya juga berbeza. Jika ditanya Soalan adakah PAS akan melaksanakan undang-undang syariah di Sarawak? Saya hanya senyum simpul bagaikan soalan yang sengaja hendak menjatuhkan keberadaan PAS di Sarawak.

Saya ajukan semula soalan yang sama kepada mereka, kenapa tidak dilaksanakan di Pulau Pinang? di Pahang? di Perlis? di Johor? Apa agaknya jawaban yang anda akan beri?

Setakat ini, Negeri Sarawak yang berjiran dengan Negara Brunei yang telah melaksanakan Qanun Jenayah syariah ini belum lagi kita dengar, satu lori pelarian yang tiada tangan lari dari Brunei, belum lagi satu bas dihantar pesalah sebatan dihantar ke hospital-hospital di Sarawak bagi menampung jumlah yang begitu banyak pesalah yang telah dihukum di Brunei.

Kesan implimentasi rang undang-undang ini kelak akan memberi gambaran bagaimana Islam itu memberi keadilan. Seperti mana kita memberi peluang kepada apa jua perkara untuk dibaiki, maka saya cadangkan juga berilah peluang dan ruang untuk undang-undang ini untuk umat Islam seperti mana kami memberi peluang undang-undang lain diaplikasikan di negara ini.

Mari kita sama-sama mendalami rang undang-undang ini tidak kira anda muslim atau bukan bagi memberi gambaran yang jelas untuk pemahaman kita, bimbang kita selama ini yang menentang hanya memahami “Hudud potong tangan” dengan imeginasi khayalan anda yang menakutkan diri sendiri. Apatah lagi media kini yang suka memetik tajuk yang kontrovesi bagi melakukan berita mereka biarpun tindakan mengeluarkan berita yang tidak bertanggugjawab itu yang telah mengelirukan masyarakat.

Buat teman-teman ahli Politik, didiklah masyarakat untuk memahami sesuatu perkara itu dengan dasar yang betul dan bukannya di putar belit untuk kepentingan politik murahan anda.

*****Zharudin NarudinTimbalan Yang Dipertua PAS Bintulu