Ganti Kutuk Siri Kenaikan Harga Barangan Dan Perkhidmatan

1278

Rakyat Malaysia wajib mengutuk pembohongan oleh Kerajaan Malaysia bahawa perlaksanaan GST tidak akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

SPAD mengaitkan kenaikan 20 hingga 67% pengangkutan awan dengan kenaikan kos pengusaha yg tak dapat dielakkan.

Ini mengesahkan apa yg telah disebut berkali kali oleh Pakatan Rakyat tentang kesan rantaian yg terhasil oleh tindakan kerajaan sendiri mengumumkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan asas yg mempunyai kesan langsung kepada kos bahan dan operasi pelbagai jenis pengusaha.

Amat jelas kenaikan ini diumumkan awal sebelum tarikh mula perlaksanaan GST 1hb April 2015 bertujuan mengelak dari dikaitkan kenaikan berpunca dari GST. Walhal setiap sen kenaikan yg berlaku, selepas ini tertakluk kpd GST lagi.

Kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi negara yg menyebabkan jumlah hutang luar negara yg sudahpun RM260billion ketika Dato Seri Najib mula2menjadi Perdana Menteri, melonjak dlm masa yg singkat kepada RM740billion mengikut laporan terbaru. Ini tambah diburukkan lagi oleh kejatuhan nilai matawang ringgit ke paras terburuk RM3.72 untuk setiap USD1. Hasil petroleum disedut semahu2nya dari negeri2 pengeluar yg terus miskin dan dianak tirikan pembangunan khususnya negeri2 majoriti melayu Terengganu dan Kelantan. Tidak waspada sehingga mengikis rezab petroleum negara dengan pantas, dan lebih pantas lagi berbelanja boros kepada projek2 mega seperti MRT bernilai RM43billion dan skandal 1MDB lagi RM43billion selain pelbagai rasuah dan ketirisan.

Retorik transformasi kerajaan Malaysia hanya indah dgn propaganda pada media cetak dan elektronik dgn disediakan belanjawan besar bertujuan menipu rakyat hakikat ekonomi negara yg buruk.

Setakat ini setelah sekian lama pendedahan oleh Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP, kini telah mula disebut sama oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen UMNO Tengku Razaleigh Hamzah yg punya kepakaran ekonomi yg tidak boleh disangkal sesiapa.

Kedua duanya menyebut ekonomi negara tenat dan GST perlu ditangguhkan.

GANTI berpandangan kerajaan tidak pernah insaf dan wajib ditukar sebaik sahaja ada ruang berbuat demikian oleh rakyat.

Sudah tentulah dalam kerangka yg dibenarkan perlembagaan dengan syarat BN pun tahu menghormati hak rakyat.

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
20hb Mac 2015