Hudud; Kalau DAP Nak Gantung Hubungan, Itu Hak Dia……..

1150

MARANG – Pengerusi Jawatankuasa Induk Ijtimak Perpaduan Ummah Kali Ke-3 Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga semalam, penganjuran Ijtimak telah Mencapai sasaran dengan kehadiran yang memberangsangkan.

Beliau berkata perasmian akan bermula pada jam 8.30 pagi Jumaat 20 Mac, dan akan disambung dengan dua aktiviti di tapak Ijtimak masjid Rusila dan persidangan tertutup isu Palestin di sebuah hotel di Kuala Terengganu.

Katanya, matlamat Ijtimak adalah untuk mewujudkan satu kesatuan perpaduan dengan tema perpaduan ummah .

“Umat Islam kena bersatu dalam membebaskan masalah besar iaitu asas penegasan kita. Fokus kita kepada tiga isu (iaitu) Isu Palestin, Isu kebajikan pelarian-pelarian di negara Islam dan bukan Islam yang melibatkan NNGO (badanbukan kerajaan)

“dan (untuk) memperkasakan usaha-usaha pendidikan dakwah dan pembangunan manusia,”ujarnya pada sidang media selepas program pra-Ijtimak pada Khamis malam, 20 Mac.

Menyentuh tentang pembentangan pindaan Enakmen Jenayah Syariah II Negeri Kelantan beliau berkata, PAS sudah membentangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR).

Tuan IbrahimKatanya, ia bukan pembentangan sebuah enakmen baru tetapi dibuat sedikit pindaan supaya lebih jelas.

“Dalam mesyuarat PR pun kita dah bentang …….. kemudian diminta jelaskan adakah ini akta (enakmen) baru? Kita kata tidak…………. Ini akta 1993, Cuma kita buat sedikit pindaan, supaya lebih jelas , lebih kemas dan mudah difahami,

“beberapa seksyen itu kita susun semula dan itu saja yang asas. Asas undang-undangitu adalah tahun 1993 dan pindaan 2015…….. asasnya tidak lari dan apa yang kita sepakati dalam majlis pimpinan PR,”jelasnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, PAS tidak boleh menghalang mana-mana parti untuk membuat tindakan terhadap parti masing-masing.

Beliau berkata sekiranya DAP mahu menggantung hubungan dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat, kerana ia adalah menjadi hak parti masing-masing.

“Kita tidak boleh halang mana-mana parti yang hendak mengambil tindakan terhadap parti dia. PAS melihat hak parti-parti harus hak masing-masing….kalau DAP nak menggantung hubungan (itu hak dia),

“Kita ada majlis pimpinan PR……….Apa-apa yang berlaku melibatkan masalah besar kita akan bincang bersama,”jelasnya.

Katanya PAS mahu melaksanakaan Hudud mengikut lunas undang-undang dan akan membentangkannya ke dalam parlimen.

Sekiranya ahli-ahli parlimen DAP tdak mahu menyokong, itu juga terpulang kepada mereka.

“Mungkin ahli (parlimen) DAP tak mahu sokong….tak apa….kita ikut saluran demokrasi yang ada. Kita bukan rempuh, kita ikut saluran yang ada…… kita fikir sebagai satu parti yang menghormati dasar demokrasi.

“sekiranya (PR)nak ambil tindakan kepada PAS…..saya tak tahu siapa nak ambil tindakan? Kita sentiasa bincang isu yang besar ………kita saling hormati selagi kita hormat dasar parti masing-masing. Itu asas kepada kesatuan kita,”tegas beliau.

Katanya, hanya sebahagian sahaja orang Cina bahkan ada sebahagian Melayu pun yang tidak menyokong kerana mereka tidak faham.

“Ada (orang) Cina yang sokong, bukan semua cina menolak. Di Kelantan ada Cina yang sokong , ada sebahagian yang tidak setuju. DHPP non muslim, dia faham sebab undang-undang ini tidak melibatkan non-muslim.

“Apa yang perlu mereka risau….?,”soalnya