Program Pemuda Sempena Ijtimak Dijangka Tarik Ramai Pengunjung

885

MARANG – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menjangkakan pelbagai acara yang bakal dipersembahkan dalam Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke 3 (IAPU3) dapat menarik lebih ramai pengunjung ke sini.

DPPNT telah dipertanggungjawabkan mengisi beberapa acara disepanjang program tersebut berlangsung yang bermula 19 hingga 22 Mac 2015.

“Jangkaan pemuda, acara yang bakal diadakan di booth kami dapat menarik minat para pengunjung, begitu juga beberapa acara penting yang diadakan di Dewan Tok Guru,” ujar Ustaz Kamaruzzaman Abdullah, Ketua Urusan Pemuda IAPU3.

IMG-20150319-WA0108(1)Bermula dengan program ‘Pra Ijtimak pada 19 Mac 2015 jam 9.00 malam, DPPNT dipertanggungjawabkan untuk mengurus majlis Pelancaran Pertandingan Fotografi Ijtimak.

Gimik tersebut akan dilancarkan oleh pendakwah tersohor, Ustaz Azhar Idrus. Pertandingan tersebut terbuka kepada semua pengunjung IAPU3.

Pada sebelah petang hari Jumaat, bertempat di booth DPPNT yang bersebelahan Pejabat Pas Marang, DACS pemuda negeri telah menyusun beberapa pertunjukankan dan pertandingan. Antaranya Pertandingan memanah, pertunjukan jet ski dan motorcross.

Bertempat di Pentas Utama Dewan Tok Guru pula, Pertandingan Pidato Pemuda Islam yang terbuka kepada semua pemuda dalam Malaysia. Pidato dalam Bahasa Arab dan Inggeris dijangka menarik minat pada penuntut pusat pengajian tinggi.

Talaqqi Kitab bersama Ulama Islam Dunia akan berlangsung pada hari sabtu bertempat di Dewan Tok Guru. Di ikuti dengan Penceramah Cilik dari Indonesia.

“Kami mengharapkan pemuda diseluruh negeri dapat mengviralkan program yang disediakan sepanjang ijtima ini berlangsung,” tambah Ustaz Kamarulzaman lagi.