

Senario tersebut adalah gambaran awal bahawa kemenangan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP semakin hampir.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhili Shaari (gambar) berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceramah Karnival Jubli Perak, Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payung, di Perkarangan Madrasah Darul Iman, Titian Baru Bukit Payung, 31 Julai lalu.
“Tahun ini, genap usia 20 tahun kerajaan PAS Kelantan. Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya ‘kepanasan’ untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 ini.
“Orang (rakyat) mahukan kepada Pakatan Rakyat pula dan ini tanda awal bahawa kemenangan kita (Pakatan Rakyat) semakin dekat,” ujarnya.
Justeru itu, beliau mengingat rakyat agar berhati-hati dengan propaganda Umno-BN bagi memecah-belahkan PAS dan Pakatan Rakyat.
Katanya, isu Perpaduan Melayu dimainkan semula oleh Umno-BN merupakan strategi parti tersebut ‘mengenakan’ PAS-Pakatan Rakyat.
“Hari ini timbul pula isu Perpaduan Melayu Umno-PAS. Isu ini adalah strategi Umno untuk pecah belahkah PAS dalam Pakatan Rakyat.
“Kita (rakyat) kena hati-hati dengan pelbagai jenis propaganda yang dimainkan oleh Umno-BN,” ujarnya.
Menurutnya, rakyat perlu bersikap matang dengan membuat pilihan yang tepat serta tidak dipengaruhi unsur ‘kebendaan’.
Hadir sama pada majlis tersebut Anggota Parlimen Batu selaku Pengarah Strategi PKR Malaysia, Tian Chua dan Ketua Pemuda PAS Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

























