DHPP Terengganu ‘Tempelak’ Tindakan 17 Ahli Jawatankuasa Kawasan Batu

2105

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Dewan Himpunan PAS Negeri Terengganu, Dr. Bala Chandran GK menempelak tindakan 17 orang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu yang meletakkan jawatan dan ‘mufaraqah’ dari parti.

Beliau berkata, ia bukan satu hak kepada mereka untuk berbuat demikian.

Sekiranya mereka tidak berpuashati, mereka boleh menyuarakannya dalam Muktamar, termasuk hasrat untuk menukar pemimpin.

“itu bukan hak dia orang……..hak dia (suarakan) dan cabar (kepimpinan) dalam Muktamar…….kita pilih pemimpin dalam Muktamar dan kalau keputusan (dibuat) kita terima,

“dia (mereka) tidak ada untuk meletakkan jawatan……..ini (PAS) bukan (satu) parti untuk dipermain-mainkan,”ujarnya

Dr Bala 170315Beliau berkata PAS bukan suatu parti yang biasa, tetapi adalah gerakan Islam yang berwahyu, yang meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan dalam perlembagaannya.

“parti PAS adalah parti yang berwahyu……….perlembagaanya adalah berdasarkan ugama Isam (al-Quran dan as-Sunnah) bukan (PAS) dibuat secara rambang,

“orang bukan Islam melihat (perletakkan jawatan) sebagai suatu yang tidak masuk akal (yang berlaku) dalam satu parti Islam,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu pada Rabu 17 Mac.

Mengulas situasi pemilihan kepimpinan yang sedang ‘hangat’ diperkatakan sekarang, beliau berkata, semua masalah yang berlaku adalah perkara biasa dalam parti politik.

Katanya semua parti politik dan mana-mana organisasi menghadapi masalah termasuk parti komponen Barisan Nasional, parti MIC dan Umno.

Beliau menyifatkan, ia bukanlah satu krisis yang besar dan akan dapat diselesaikan, dengan syarat pertandingan dijalankan mengikut peraturan dan pihak yang menyokong mana-mana pemimpin tidak menjatuhkan maruan antara satu sama lain.

“mana yang tak masalah………mungkin (apabila masuk) dalam kubur sahaja tak ada masalah (dunia), masalah dalaman parti……..(kita boleh) tengok Umnodan MIC….semua (parti) ada masalahnya……..bukankah Umno mentadbir negara?

“jadi ikutlah pertauran (go by the book) tak perlu kita memperlekehkan sesiapa……..nak menjatuhkan sesiapa……jangan kita ambil budaya Umno dan Barisan Nasional…..letak jawatanlah……dan sebagainya……..,”tegas beliau.

Mengulas lanjut, beliau tidak yakin ada pemimpin PAS yang akan mencabar jawatan Presiden yang disandang oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, tetapi sekiranya ada, Dr. Bala yakin Ustaz Hadi akan menang.

https://youtu.be/GNnxaZKFobw