KUALA TERENGGANU – Bob Lokman atau nama sebenarnya ‘Mohd Hakim Lokman’ dikejarkan ke sebuah hospital swasta di sini kira-kira jam 10 malam tadi selepas mengadu sesak nafas.


“saya bergegas ke hospital……..Bob Lokman (mengadu) sesak nafa…….mohon doa,”ujar Ustaz Riduan dalam pesanan ringakas yang dihantarnya.
Bob merupakan pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal di Malaysia yang kini menjadi penceramah agama dan politik di pentas PAS, setelah beiau ‘berhijrah.
Pada 19 Februari 2011, beliau menyerahkan borang menjadi ahli PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Menteri Besar letika itu al-marhum Datuk Seri Azizan Razak pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.
Pada bulan Januari 2014, Bob pernah dimasukkan ke hospital Sungai Buluh dan berehat di sana selama seblan kerana komplikasi paru-paru dan jantung.





























