Ijtimak; Pengunjung Tidak Perlu Bimbang Kesesakan ‘Teruk’ Talian

1133

KUALA TERENGGANU – Segala persiapan bagi kemudahan para pengunjung Ijtimak Perpaduan Ummah Kali Ke-3 yang akan bermula pada Khamis 19 Mac, berjalan lancar, sebagaimana yang dirancang.

IMG-20150315-WA0037Pengarah Persiapan Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sehingga semalam, sudah 90% kerja-kerja persiapan untuk menghadapi himpunan terbesar itu sudah selesai.

“Alhamdulillah, semua kerja-kerja persiapan berjalan lancer……setakat ini sudah 90% telah siap dan baginya In sha Allah akan lengkap dalam tempoh dua hari ini,”ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong.

Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi dan Teknolgi Maklumat, Mohamad Iszeham Mat Ali ketika dihubungi berkata, pengunjung Ijtimak tidak perlu bimbang tentang kesesakan talian.

Beliau berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan pembekal talian telefon dan internet bergerak, bagi memberikan keselesaan kepada para orang ramai yang menghadiri Ijtimak tersebut.

“(persiapan) berjalan lancar…………pihak Celcom dan Digi ada sediakan stesyen pangkalan bergerak (Mobile Base Station – MBS) untuk panggilan suara dan data,

“In sha Allah akan dapat mengelakkan kesesakan ‘teruk’ talian dan pengguna internet bergerak,”ujarnya.

Katanya, pihak Celcom telah meletakkan dua unit Stesyen Pangkalan Bergerak (MBS) dan pihak Digi turut menyediakan satu unit, yang diletakkan di persekitaran kawasan Ijtimak.

IMG-20150315-WA0033Menurutnya ia akan menambah talian dari pemancar sedia ada sebanyak 3000 talian pengguna serentak, yang membuat panggilan atau menggunakan khidmat internet secara sejajar.

“satu Stesyen Pangkalan Bergerak (MBS) akan memberi liputan dan menyediakan 1,000 pengguna ‘concurrent’ (serentak)……..jadi ada tiga stesyen akan menyediakan 3,000 talian tambahan,

“kita harap ia akan membantu dan memberi sedikit kelegaan kepada pengunjung yang pastinya mahu membuat panggilan serta menghantar maklumat tentang Ijtimak terbesar ini,”jelasnya.

Beliau menasihatkan, para pengunjung yang mahu menyaksikan perjalanan perasmian Ijtimak dan aturcara yang diatur datang lebih awal agar dapat menyaksikan secara terus dari pentas utama.

Walau bagaimana pun, kata beliau, pihaknya menyedia 15 televisyen untuk pancaran siaran langsung dikawasan tapak berhampiran pentas utama di Dewan Tok Guru, masjid Rusila, bagi para pengunjung.

“siaran langsung pancaran audio visual melalui www.terengganukini.net juga akan diadakan sepanjang Ijtimak berlangsung, dan secara audio melalui radio internet hijau FM,

“kita akan buat yang terbaik untuk memastikan perjalanan Ijtimak kali ini dapat dilihat dan didengar dalam dan luar negara,”tambahnya.