Ahli PAS Kini Berjumlah 1.3 juta Orang

7693

KUALA TERENGGANU – Walaupun pelbagai tohmahan yang diadu domba oleh pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan kaedah penyelesaian yang dibuat oleh PAS, namun ia tidak menjejaskan kemasukan ahli-ahli baru terhabad parti Islam itu.

Bahkan, Presiden PAS melalui laman sosialnya mendedahkan, PAS menerima keahlian baru seramai 8,000 orang menjadikan jumlah ahlinya kini mencecah 1.3 juta.

“Dalam keadaan orang sibuk kata pada PAS macam-macam, sebaliknya terbaru kita telah meluluskan keahlian baru seramai 8,000 orang.

abadul hadi awang at office“Ini menjadikan keahlian PAS sudah mencecah seramai 1.3 juta orang,”sebagaimana catatan terbaru dalam laman rasmi fb Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurutnya paling ramai menyertai PAS sejak akhir-akhir ini adalah golongan muda yang berpendidikan tinggi.

PAS juga menjadi pilihan kepada bukan Islam setelah pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan pergerakan yang baik yang dilakukan oleh Dewan tersebut.

Ia menunjukkan dakwaan sesetengah pihak, bahawa sokongan kepada PAS menurut ekoran beberapa krisis yang dilalui, termasuk dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, adalah meleset.

“Ini menunjukkan perjuangan kita ada kemajuan, makin hari bertambah ramai orang yang menyertai PAS.

“Walaupun kita dikepung dan disekat dengan pelbagai cara oleh Umno namun PAS juga mendapat tempat di hati orang bukan Islam,”tambah catatan tersebut.