Menurut satu laporan berita dalam 5pillarsuk.com, bilangan orang yang memeluk Islam di Perancis telah meningkat dengan ketara selepas serangan Charlie Hebdo, apabila para imam melaporkan semakin banyak orang yang datang untuk mengucapkan syahadah di masjid-masjid.
“Ia membuatkan saya mahu pergi untuk (memeluk) Islam untuk menunjukkan kepada semua orang bahawa ini bukan apa itu Islam,” kata seorang mualaf muda Islam yang dipetik oleh RTL Radio seminggu yang lalu.
Menurut stesen radio tersebut, Masjid Besar Paris telah mengeluarkan 40 sijil kembali kepada Islam.
Pada tempoh yang sama tahun lepas, masjid itu hanya memberikan sijil kepada 22 orang sahaja, hampir 50 peratus daripada kadar mereka yang masuk Islam tahun ini.


Bandar Lyon juga mengikut trend yang sama dengan peningkatan sebanyak 20%.
Para imam berkata mereka terkejut pada mulanya oleh peningkatan dalam bilangan ‘saudara baru’ itu.
Selain itu, kepelbagaian yang menjadi ‘mualaf’, termasuk seorang doktor, seorang guru besar sekolah atau seorang pegawai polis yang semua memasuki Masjid Besar Paris untuk menerima Islam.
Beberapa hari selepas serangan Charlie Hebdo, seorang pengarah perniagaan Perancis Isabelle Matic, mengumumkan keputusannya untuk kembali kepada Islam pada akaun FaceBook beliau.
Disamping mengutuk penyerang Charlie Hebdo sebagai bertentangan dengan Islam, umat Islam Perancis juga menyelar tindakan menghina agama sebagai jenayah di tengah-tengah peningkatan kemarahan yang meluap atas keputusan Charlie Hebdo kerana menyiarkan karikatur baru Nabi Muhammad (saw).




























