Terengganu, Malaysia

Persiapan Ijtimak Antarabangsa Rancak Berjalan

Persiapan Ijtimak Antarabangsa Rancak Berjalan

Oleh : De-Fonso

MARANG – Hanya beberapa minggu sahaja lagi, daerah Marang amnya dan Kampung Rusila khususnya dijangka menerima kedatangan ratusan ribu orang tetamu dari dalam dan luar negara.

IMG-20150222-WA0070Mereka, beramai-ramai akan menghadiri Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 yang akan berlangsung pada 19 hingga 22hb Mac ini.

Menurut Pengarah Urusetianya, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ijtimak yang diadakan pada kali ini lebih bermakna berbanding sebelumnya.

Ia adalah kerana, kata beliau, program himpunan wakil pelbagai negara itu dianjurkan setelah Ahli Parlimen Marang Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia.

“Ijtimak kali ke tiga ini, lebih membawa erti dan kelainan kepada penduduk daerah Marang khususnya dan Terengganu amnya,

“kerana kini Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi telah diamanah diiktiraf sebagai pemimpin Islam dunia secara rasminya dilantik sebagai Naib Kesatuan Ulamak,”ujarnya.

IMG-20150222-WA0066Justeru itu, pelbagai usaha memperelokkan dan menceriakan tapak utama perhimpunan, masjid dan Kampung Rusila, serta membaikpulih prasarana yang sedia ada sebagai persiapan menghadapi kedatangan para pengunjung.

Ketua Pemuda PAS Kampung Rusila Ustaz Yusuf Abdul Hadi berkata, antara kerja-kerja gotong royong yang dilakukan oleh para sukarelawan termasuk mengecat bangunan masjid, menimbus dan membersihkan kawasan untuk dijadikan kawasan tempat letak kenderaan dan tapak jualan.

“(juga membersihkan) dewan pameran dan menceriakan suasana dan pemandangan sepanjang pesisir pantai,

IMG-20150222-WA0065“antara kampung Ru Renggeh sehinggalah ke Kampung Rhu Rendang kira-kira lima kilometer jaraknya,”jelas beliau.

Katanya, seramai kira-kira 40 hingga 60 orang pemuda menyertai aktiviti gotong royong setiap sesi dan ianya telah dimulakan sejak akhir Januari yang lalu.

Beliau berkata, bangunan PAS kawasan Marang juga tidak ketinggalan untuk dibersihkan kerana ianya antara mercu tanda kemegahan selepas Masjid Rusila.

“kerja kerja ini telah pun dimulakan semenjak akhir Januari  lalu. Seluruh tenaga kerja yang terdiri dari pelbagai lapisan umur dan keparan turut bersama-sama,

“bagi merealisasikan hasrat penganjur yang ingin mempamirkan dan menghidangkan hanya yang terbaik untuk tetamu yang hadir,”ujar beliau.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan