Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan pecah amanah berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Beliau dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan
Ling, 67, juga adalah bekas menteri pengangkutan kerajaan Barisan Nasional, antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini..
Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.
Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.
Beliau juga berikan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin ditetapkan pada RM1 juta.
Hakim, Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.
Ling kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan akan membayar wang ikat jaminnya di Mahkamah Sesyen, esok. – sumber Malaysiakini
KUALA TERENGGANU - Program Analisis 'Parti Bukan Agama' yang ditayangkan di saluruan televisyen semalam menimbulkan kecelaruan akademik dalam menyelesaikan masalah masyarakat.
Pensyarah Kolej Universiti Darul...
- Kini Tanggungjawab Menghapuskan Maksiat Terletak Pada Tangan Umat Islam
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengambil maklum akan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan...
Hamas akan menyertai pilihan raya Palestin yang akan datang di bawah gabungan kebangsaan seluas mungkin, kata seorang ahli biro politik kumpulan itu pada hari...
Most of the population across the occupied Palestinian territory lacks sufficient access to water, sanitation and hygiene, UN humanitarians said Tuesday.
More than 1.3 million...