PAS Terengganu Sasar Lahirkan 1000 ‘Nuqaba’

1122

KUALA TERENGGANU – Dalam usaha memantapkan tarbiyah dan perjuangan dikalangan ahli dan penyokong, PAS Terengganu mensasarkan untuk melahirkan 1000 orang nuqaba.

Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata adalah penting bagi PAS untuk melahirkan tenaga kerja yang istiqamah.

“Perancangan kita di Terengganu ini kita nak melahir 1000 orang naqib dan naqibah itu target (sasaran) kita (untuk) manfaatkan sungguh-sungguh,

IMG-20150214-WA0040 (2)“untuk kita melahirkan lebih ramai lagi untuk membersihkan iktikad kita dan tarbiyah kita serta lebih penting kita boleh bekerja dengan istiqamah dalam perjuangan Islam,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam program Liqa’ Nuqaba Negeri Terengganu di Markaz Tarbiyah PAS Kual Ibai dekat sini pada Sabtu 14 Februari.

Beliau menyeru para naqib dan naqibah yang hadir, agar menuruti jejak langkah al-Marhum Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang telah kembali ke rahmatuLlah pada Khamis malam Jumaat 12 Februari.

“kita kelmarin kehilangan tokoh besar yang kita sedia maklum sewaktu hidupnya telah mewakafkan diri beliau untuk mentarbiyah ummah,

“(semoga) kita mengambil pedoman mudah-mudahan kita boleh mengikuti jejak langkah beliau,”katanya.