Pemergian Tok Guru; Veteran PAS Mahu ‘Kepimpinan Ulamak’ Kekal

1958

KUALA TERENGGANU – Pemimpin lama dan baru yang ditemui ketika menziarahi jenazah al-Marhum Tok Guru Nik Aziz mengucapkan takziah kepada keluarganya dan merakamkan kenangan serta ingatan kepada mantan Mursyidul Am PAS itu.

wan mutalibVeteran PAS yang juga mantan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta bekas Exco kerajaan Terengganu Dato’ Wan Mutalib Embong berkata, beliau telah bersama-sama berjuang bersama ‘sahabatnya’ itu sejak 40 tahun yang lalu.

“Saya dan (beberapa) sahabat (yang) lain bersama dengan al-Marhum sejak lebih daripada 40 tahun. ………..dari zaman pemuda,”ujarnya dengan nada yang agak sedih.

Katanya, ketika itu beliau bersama al-Marhum dan para pemuda telah memperkenalkan Kepimpinan Ulamak dan menggesa supaya ia kekal menjadi prinsip PAS.

“Dari zaman pemuda ketika itu kami memperkenalkan Kepimpinan Ulamak……….dan kita mengharapkan agar Kepimpinan Ulamak akan kekal memimpin PAS,”jelasnya.

Beliau mengucapkan takziah kepada ahli keluarga al-Marhum di atas kehilangan ketua keluarga mereka dan kepada semua ahli serta penyokong PAS kerana katanya, “kami juga telah kehilangan seorang pemimpin,”.

abu bakar abdullah drTimbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Dr. Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata, beliau mengenali al-Marhum Tok Guru lebih dari 20 tahun.

Katanya, kehilangan Tok Guru yang telah banyak berjasa, disambut dengan kesedihan oleh semua pihak.

“Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan ummah kerana kehilangan permata ummah ini………al-Marhum banyak berjasa kepada Islam dan negara kita, malah kepada umat Islam di luar sana.

“Kehilangan al-Marhum ini satu kehilangan besar kepada umat Islam dan PAS khususnya. Saya mengenali beliau lebih daripada 20 tahun. Kehilangan ini sukar dicari ganti, kerana almarhum amat dihormati segenap masyarakat berbilang bangsa dan agama,”ujarnya.

Menurutnya, kesederhanaan hidup dan kecaknaan almarhum kepada rakyat menjadikan al-Marhum seorang pemimpin yang dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan.

hanafiah matBeliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat menghargai susah payah semua rakyat yang berkumpul dan menunaikan solat jenazah untuk almarhum pada Jumaat 13 Februari.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat mewakili rakyat terengganu, terutamanya rakyat kemaman mengucapkan takziah kepada keluarga al-Marhum.

“Kehilangan almarhum merupakan kehilangan sebuah mutiara. Kehilangan seorang murabbi yng menyampaikan ajaran tanpa jemu sepanjang hidupnya.

“Saya doakan agar roh beliau ditempatkan bersama-sama dengan syuhada, para solehin. Kita sangat dukacita dengan kehilangan ini,”katanya ketika ditemui.

Beliau berikrar akan meneruskankan perjuangan yang telah ditinggalkan al-Marhum bagi memastikan PAS mencapai kejayaan.

http://youtu.be/F0BUI084z-Y?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q

http://youtu.be/aOqQi0H_XJA?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q