Harussani Memalukan!

1022

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/M2U01034_WMV%20V9_0002.jpgPengakuan yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkaitan pertemuan beliau dengan Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria mendedahkan kedudukkan dan peranan Tan Sri Harussani sebagai alat dan pencacai Umno. Jelas apa yang dinyatakan oleh Datuk Hasan bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno. Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Datuk Hasan menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk berbincang dengan Tan Sri Harussani isu kerjasama PAS dan Umno.

Kenyataan Datuk Hasan jelas mendedahkan pembohongan seorang Mufti seperti Tan Sri Harussani. Pembohongan Tan Sri Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulamak khususnya para Mufti yang ada di Malaysia. Tan Sri Harussani sepatutnya meletakan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan sebagai seorang Mufti beliau tidak berbohong. Sedangkan pendedahan Datuk Hasan jelas pembohongan Tan Sri Harussani.

Saya menuntut Tan Sri Harussani memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam atas pembohongan yang memalukan. Saya juga minta beliau tidak membiarkan diri beliau dari terus menjadi pencacai Umno yang sedang tenat dan nazak.

DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS.