Manusia yang bertali arus tidak henti-henti memenuhi halaman masjid dan perkarangan rumah al-Marhum Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang mahu menziarahinya ‘buat kali terakhir’.


Seusai solat, Ahli Parlimen Pasir Mas Nij Mohd Abduh Nik Abd Aziz telah berucap dan memberikan penerangan kepada semua hadirin.
Katanya, jenazah akan di mandikan selepas solat subuh dan kemudiannya, orang ramai boleh menziarahi ‘Tok Guru’ kesayangan ummah itu.
“In sha Allah, selepas ni, kita akan mandikan jenazah dan selepas itu kira-kira jam 8.30 pagi kita buka untuk semua orang menziarahi (Tok Guru),


Nik Abduh turut mengumumnkan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib akan turut hadir bagi menziarahi ‘Tok Guru’, disamping pemimpin-pemimpin lain.
Sementara itu, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sampai ke rumah al-Marhum kira-kira jam 1.30 pagi, dinihari hari ini.
Beliau diiringi oleh anakandanya, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia.





























