Rakan Media Perlu Dibantu Untuk Berita ‘Betul, Cepat dan Tepat’

1269

KUALA NERUS – Peranan media amat besar sehingga boleh merubah pendapat umum (public opinion) dan boleh mengubah persepsi masyarakat terhadap seseatu golongan atau seseorang individu.

Pengamal media diingatkan agar membuat laporan yang tepat dan sahih bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat yang sebetulnya, sekaligus berupaya mencorak pemikiran yang sihat.

Makan Malam Media 5Timbalan Pesuruhjaya PAS ( I ) Dr. Alias Razak berkata, sekiranya maklumat yang disebarkan tidak tepat secara tidak langsung turut mempengaruhi pemikiran masyarakat secara keseluruhannya nanti.

“Peranan media sangat penting dalam kehidpuan, di mana golongan ini juga memberi memberi kesan kepada corak pemikiran rakyat yang membaca setiap berita yang dilaporkan oleh pihak media.

“Sekiranya mereka (masyarakat) mendapat maklumat yang tidak betul secara tidak langsung turut mengakibatkan persepsi mereka terhadap sesuatu isu (berita) juga menjadi tidak betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal Media bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di NR Cafe, Tok Jembal, Seberang Takir, di sini, malam kelmarin.

IMG-20150211-WA0026 (2)Turut hadir dalam majlis berkenaan, Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Mohd Noor Hamzah dan kepimpinan PAS yang lain.

Beliau berkata, semua pihak mahukan capaian kepada maklumat yang ‘benar-benar sahih’ perlukan wartawan yang pro-aktif dan boleh bergerak dengan cepat.

Menurutnya, para petugas media memerlukan alat yang baik dan canggih serta boleh bergerak dengan laju bagi memastikan sesuatu berita itu dapat disampai dengan betul, tepat dan cepat.

Oleh itu, mereka yang terlibat dalam bidang media katanya, memerlukan kos yang tinggi bagi perlatan tersebut dan pengangkutan yang cepat bagi membawa maklumat tersebut.

Beliau menyeru seluruh pihak untuk menghargai rakan-rakan media bagi memudahkan mereka dengan memberikan sumbangan kepada mereka bukan sahaja pada malam tersebut tetapi pada masa yang akan datang.

IMG-20150211-WA0029 (2)Katanya, tanpa kerjasama semua, adalah mustahil bagi aktivis media untuk melaksanakan kerja mereka dengan sempurna.

“Semua orang nak maklumat yang betul, tepat dan cepat…….tapi di sana perlu juga ada mereka (aktivis media) yang perlu bergerak dengan cepat, ini memerlukan kos yang terpaksa ditanggung oleh rakan-rakan media,

“untuk kita menghargai peranan rakan-rakan media ini……marilah kita menyumbang bagi memudahkan……memberi sedikit bantuan kepada rakan-rakan kita ini untuk mendapat peralatan yang baik dan (menampun kos) untuk mereka agar cepat mendapat maklumat (itu),”jelasnya

Lebih 200 orang tetamu hadir memeriahkan makan malam amal anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media BPPNT dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Media Indipendent (Kami) Terengganu