Beribu-ribu orang telah keluar untuk berarak sebagai protes terhadap keputusan kumpulan Syiah Houthi Yaman yang membubarkan parlimen dan menubuhkan “Majlis Presiden” untuk mengisi kekosongan kuasa.
Penunjuk perasaan berhimpun di Taiz dan ibu negara Sanaa pada hari Sabtu selepas Houthi mengumumkan pembentukan ‘suruhanjaya keselamatan’, sehari selepas pengambilalihan Parlimen sebagai sebahagian daripada sebuah rampasan kuasa.
Terdapat demonstrasi di Hudaida, Taiz, Dhamer, Ibb dan Aden serta Sanaa.
Pengisytiharan Houthi diikuti oleh letupan di luar istana presiden yang dikawal oleh Houthi di Sanaa mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang polis dan seorang awam cedera.


Pengambilalihan yang disifatkan sebagai satu ‘rampasan’ kuasa oleh syiah Houthi telah mendapat teguran dari Washington, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan jiran dari negara-negara Teluk.
Kumpulan Syiah itu, telah dikawal Sanaa sejak September tahun lepas, berkata ia akan menubuhkan satu majlis kebangsaan untuk menggantikan parlimen di negara yang menjadi sekutu utama AS dalam memerangi al-Qaeda.
Houthi berkata bekas menteri pertahanan dan menteri dalam negeri kerajaan Presiden yang meletakkan jawatan, Abedrabbo Mansour Hadi, adalah antara 18 anggota suruhanjaya keselamatan.
Lima anggota majlis presiden akan membentuk kerajaan peralihan selama dua tahun dimana syiah Houthi juga mengumumkan satu ‘perisytiharan perlembagaan’ yang disebut sebagai ‘majlis revolusi untuk mempertahankan negara’.
Al Jazeera melaporkan, pengumuman itu akan mempunyai kesan di seluruh rantau tersebut kerana Houthi mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Iran dan telah dikatakan telah menerima sokongan kedua-dua, senjata dan politik dari negara Teluk itu.


























