

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, Idris mmpunyai pengalaman dalam melaksanakan strategi dianggap ‘kotor’ itu.
“Yang buat kerja (daftarkan pengundi luar) Dato’ Idris lah, mungkin dia akan gunakan benda (strategi kotor) yang sama (menghadapi PRU-13), sebab dia mempunyai pengalaman,”tegasnya.


“Seluruh negara lah, dulu (dia buat di Terngganu) pasal nak rampas balik Terengganu, negeri Selangor, negeri Prak dan seluruh negeri-negeri yang terlepas (BN kalah) baru ini (PRU-12),”katanya kepada pihak media di sini, Sabtu, 24 Julai.
Beliau berkata, Jabatan Pilihanraya PAS (JPN) telah mengetahui dan sedang berjaga-jaga menghadapi strategi Umno/BN itu.
Bahkan, menurutnya, pihak JPN telah pun mengesan pendaftaran pengundi yang dilakukan secara beramai-ramai menggunakan satu alamat.
Katanya, PAS akan melihat perkembangan dai semasa ke semasa dan mengambil tindakan susulan
Beliau yakin strategi ‘kotor’ tersebut melibatkan agensi kerajaan.

























