KUALA TERENGGANU – Walaupun pelbagai pertelingkahan yang ‘dilihat’ berlaku diantara parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PAS teteap positif dan yakin ia boleh diselesaikan tanpa sebarang masalah.
Setiausaha Agungnya, Dato’ Mustafa Ali berkata, ‘pergeseran’ beliau dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS pada Ahad 8 Februari.
“semalam saya jumpa Anwar dan terangkan situasi, jadi dia setuju perkara ini (perbalahan dengan Guan Eng) dibawa kepada mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat yang sudah pun kita tetapkan pada 8hb ini,
“masalah-masalah akan dibawa kepada pimpinan, saya yakin boleh selesai……selesai apa-apa isu yang ada pada hari ini,”ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Pejabat PAS Terengganu dekat sini pada Rabu 4 Februari.
Beliau menegaskan, samada perkara tentang perlaksanaan ho\ukum Hudud atau pilihan raya kerajaan tempatan, kedua-duanya tidak menjadi polisi bersama dalam Pakatan Rakyat.
Namun katanya, ia tidak menjadi halangan keada parti-parti dalam Pakatan untuk membincangkan kedua-dua isu utama yang masih hangat diperkatakan di kalangan rakyat Malaysia masakini.
“(perlaksanaan hukum) Hudud baik……(pilihan raya) kerajaan tempatan baik……..tidak termasuk dalam polisi bersama……itu yang menjadi masalah dulu (utama)……(tapi) nak bincang…..memang kita berbincang,
“tapi (isunya) (dakwaan Guan Eng) sebelum kemuka di (Sidang DUN) di Pulau Pinang, dia sudah beritahu saya………….itu yang tak betul…………lepas tu dia kata saya tidak jujur…………itu yang saya marah………,”katanya.
Beliau menegaskan sekali lagi, Guan Eng hanya memberitahunya tentang tindakan DAP Pulau Pinang membawa perkara pilihan raya kerajaan tempatan ke dalam persidangan DUN Pulau Pinang hanya selepas ia dibawa dan diluluskan.










