DUNGUN – Lebih tiga jam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun ‘bertandang’, bergerak dari sebuah rumah ke rumah yang lain, menziarahi penduduk terjejas banjir di kampung-kampung pedalaman, pinggir sungai Dungun.
Bermula di kampung Padang Pulut, beliau bersama anggota rombongannya, menyampaikan sumbangan ‘dapur gas’ kepada 25 penduduk yang terjejas dilanda banjir terburuk dalam sejarah.
“(Kampung) Padang Pulut ni berteluk begitu, apabila air hujan lebat berterusan, air sungai melimpah, banjir akan melanda……ia berlaku tiap-tiap tahun tapi, bajir tahun lepas paling teruk,”ujarnya.
Menurut Cikgu Alias, keseluruhan kampung, selain Padang Pulut, Kampung Delong, Kampung Burung Baharu dan Kampung Serdang teruk dilanda musibah itu kerana limpahan air Sungai Dungun.
Peristiwa bot beliau terbalik di laluan paip air, ketika meninjau dan menyelamatkan penduduk, saat banjir memuncak, masih segar dalam ingatannya.
“AlhamduliLlah, tak berlaku kejadian tak diingin, cuma bot terbalik……tapi air dalam sungguh ketika itu, bila jatuh ke dalam (air)…….kaki saya tak sampai ke dasar, mujur pakai ‘life jacket’,”katanya menceritakan kejadian tersebut ketika berkunjung ke rumah Junaidi @ Awang di Kampung Delong.
Katanya, air sudah menenggelami hampir keseluruhan rumah Junaidi @ Awang yang menjadi pengemudi bot, ketika kejadian berlaku, pada 28 Disember lalu.
Kampung Delong, menurutnya, adalah sebuah kampung lama yang telah didiami penduduk sejak tahun 1940-an lagi.
“kampung ni kampung asal, berkembang kerana pengangkutan sungai (masa) dulu, sebelum jalan keretapi yang mengangkat bijih besi di bina,
“sekarang kampung ni dah macam tertinggal………banyak kemudahan kerajaan yang terabai,”katanya sambil menunjukkan kawasan pentadbiran rumah pam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Kampung Delong.
Banjir yang menambahkan beban penduduk kampung yang kebanyakannya bekerja sendiri dan ramai yang masih hidup dalam kemiskinan.
Beliau berkata, ‘tragedi kemiskinan’ masih menghantui penduduk di kampung-kampung pedalaman, walaupun kerajaan mendakwa, mereka telah menyelsaikan masalah sosial itu.
“sedih tengok tengok kehidupan orang kampung…………ramai yang masih susah…………kerajaan kata banyak yang telah selesai,
“tapi tengoklah sendiri keadaan hidup mereka,”ujarnya ketika menziarahi seorang penduduk.
Beliau turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pembinaan projek kemudahan asas yang disediakan untuk penduduk ketika berkunjung ke kampung Serdang.
Katanya, pembinaan longkang separuh siap dibawah seliaan Unit Penyelerasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri tidak menjadikan kehidupan penduduk lebih mudah, bahkan mengundang bahaya kepada penduduk setempat.
“tengok tu, buat longkang tak siap…………orang seleah sana nak melankah pun susah, orang sebelah sini nak menyeberang pun payah,
“tarikh pada ‘signboard’ tu tulis siap pada 18 Jun, 2014……..tapi keadaannyanya begitulah……..,”katanya dengan nada kesal sambil menunjukkan papan tanda projek yang telah dilaksanakan oleh kontraktor, Budi Semai Enterprise.
Sejak banjir melanda pada pertengahan Disember lalu, hampir RM100, 000 bantuan makanan dan keperluan lain yang telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh DUN Rantau Abang.
Katanya, seramai lebih 6,000 orang daripada 1,500 keluarga yang dilanda banjir di dalam DUN tersebut telah dipindahkan sejak gelombang banjir yang pertama pada bulan November lalu.
Di bawah kelolaan Lujnah Kebajikan Majlis Tindakan DUN Rantau Abang, lebih 120 orang penduduk telah menrima bantuan dapur gas yang disumbangkan oleh pihak NGO serta Lujnah Kebajukan PAS Negeri Terengganu.
“ini sedikit sumbangan dari PAS Terengganu, boleh buat memasak sedap-sedap, buat kuih dan lain-lain,”ujarnya yang tidak kekok ‘bertinggung’ di ‘lambor’ rumah Tok Su, di Kampung Tok Lat, Serdang, pada Selasa 3 Februari.
http://youtu.be/Y04MxQ107sY










