Pagar Segera Longkang, Elak Kemalangan Maut!

3192

DUNGUN – Pihak berkuasa khususnya Majlis Perbandaran Dungun (MPD) digesa dapat mengambil tindakan segera membina pagar di kiri dan kanan longkang besar bagi mengelakkan kemalangan yang mungkin boleh membawa maut.

Alias HarunAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata, sudah banyak kali kejadian berlaku, penduduk sekitar yang jatuh ke dalam longkang besar di belakang hospital Dungun.

“kejadian motosikal terjatuh ke dalam longkang besar yang tidak berpagar di belakang hospital Dungun, (dekat kampung) Gong Pasir berulang lagi.

“Sebelum ini sudah beberapa kali kes motosikal malahan basikal kanak-kanak sekolah pun pernah berlaku (jatuh ke dalam longkang tersebut,”ujarnya.

Katanya, kes terbaru pada hari Isnin 26hb Januari lalu memberikan isyarat kepada pihak berwajibsupaya tindakan pencegahan dengan membina pagar, diambil segera.

longkang tidak berpagar rantau abang1Menurutnya, sebuah penunggang motosikal bersama anaknya untuk kesekolah telah terjatuh akibat longkang yang tidak berpagar itu apabila mengelak sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut.

“saya pernah menyuarakan perkara berhubungan dengan keselamatan penduduk dan jalan serta longkang yang mengundang bahaya……..jalan ini lebih kurang 2 kilometer dan menjadi laluan penduduk,

“saya harap pihak yang berwajib dapat mengambil perhatian isu ini demi keselamatan pengguna yang menjadikan laluan ini untuk ke sekolah dan untuk ke bandar,”jelasnya.