HARAP 3.1; Raja Kamarul Bahrin Nafi Keluar Kenyataan

1913

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menafikan beliau membuat kenyataan berhubung dengan penganjuran program Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.1).

IMG-20150128-WA0109“Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada sebaran ‘whatsapp’ kononnya ‘Kenyataan Media’ dari saya tentang ‘Himpunan Harap’ yang akan di adakan di Telaga Daing.

“Saya tidak pernah membuat kenyataan tersebut dan saya tidak ada kaitan dengan apa apa kenyataan berkaitan dengan whatsapp tersebut,”katanya menurut kenyataan yang dibuat dalam laman sosial beliau.

Badan Perhubungan PAS Ngeri Terengganu menganjurkan program HARAP 3.1 selama tiga hari dari Khamis 29hb sehingga Sabtu 31hb Januari ini.

Dalam kenyataan media ‘palsu’ yang diedarkan melalui sistem pesanan ‘Whatsapp’ mendakwa, Raja Bahrin berpendapat program HARAP 3.1 ditangguhkan kepada satu tarikh sehingga 4 Mac, 2015 kerana menghormati Tengku Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar yang mangkat pada 24 Januari lalu.

Justeru, Raja Bahrin kesal dan berserah kepada Allah kerana beliau tidak mengetahui apakah tujuan disebalik pihak yang mengedarkan ‘Kenyataan Palsu’ itu.

“Hanya Allah sahaja yang tahu niat sebenarnya pihak yang mengeluarkan ‘whatsapp palsu’ tersebut.”ujarnya