Terengganu, Malaysia

600 Buah Rumah Kekal Mangsa Banjir Mula Dibina 22 Januari

Datuk-Ahmad-Yakob

Kerajaan negeri Kelantan akan membina 600 buah Rumah Mampu Milik bagi projek pertama membantu mangsa banjir membina semula kehidupan selepas dilanda musibah itu.

Menteri Besarnya Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob akan merasmikan pembinaannya pada 22 Jnuari di Manek Urai, Kuala Krai Kelatan.

Kerajaan negeri telah selesai menubuhkan Jawatankuasa ‘Task Force’ dan setelah seminggu penubuhannya, Ustaz Ahmad telah meninjau ke beberapa lokasi dilanda banjir untuk melihat tapak rumah kekal yang sesuai dan selamat.

“Setelah beberapa kali ke Kuala Krai kemudian Tanah Merah, Gua Musang dan lokasi lain yang dilanda banjir, beliau berusaha mendapatkan sejumlah dana bagi membina penempatan kekal mangsa banjir yang mengalami kemusnahan keseluruhan rumah mereka.

ahmad yakob banjir1 (1)“Sebelum ini, dengan usaha beliau menerusi mesyuarat Jawatankuasa Khas Banjir Negeri dan dengan bantuan agensi Kerajaan Negeri serta Persekutuan,

“para dermawan juga NGO, maka penempatan sementara melalui bantuan penempatan khemah kanvas dan rumah transit dapat didirikan di beberapa lokasi khususnya di bandar utama Gua Musang dan juga Kuala Krai,”ujar Setiausaha Akhbarnya, Mohd Asri Bin Mat Daud dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, Ustaz Ahmad juga telah mengumumkan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM24 juta bagi projek pembinaan rumah seluas 800 kaki persegi yang mempunyai 3 bilik dengan kos paling tinggi RM40 ribu bagi satu unit.

Rumah kekal ini akan dibina di seluruh kawasan yang dilanda bencana dan khusus kepada mangsa yang mengalami kemusnahan rumah 100%.

“Insya-Allah, Ustaz MB juga akan turun merasmikan tapak rumah kekal pada khamis 22 Januari 2015 ini yang bertempat di Manek Urai, Kuala Krai.

“Sementara data-data untuk bilangan rumah yang masih boleh didiami namun mengalami kerosakan harta benda juga akan dibuat perkiraan dari semasa ke semasa untuk meringankan beban rakyat yang dilanda kesusahan akibat banjir baru-baru ini,”tambah Asri

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan