KUALA TERENGGANU – Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam #KonvoiAmal ke Kelantan 1 – 2 Jan 2015 lepas.
Menurut Pengerusinya, Dr Suhazeli Abdullah, jiwa masih belum reda dengan imbauan kemusnahan, kesedihan, tangisan dan pohon simpati mangsa-mangsa banjir di Laloh dan Dabong.
“Malah saya masih lagi menguruskan beberapa unit Tube well yang belum selesai, program Dapur Rakyat yang masih kekurangan tenaga dan dana, bagi menyelesaikan amanah orang untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sana,”ujarnya dalam satu kenyataan
Menurut beliau, apabila masuk sahaja wilayah ‘Kuala Cry (Kerai)’, jiwanya bungkam dan tidak tergamak untuk mengambil foto banyak dan tidak tertulis laporan kepada rakan-rakan yang memberi sumbangan kerana terlalu sedih melihat keadaan.
Namun begitu, ,menurut beliau, Yayasan Amal berjaya melaksanakan kerja khusus membina telaga tiub bagi membekalkan air minuman dari sumber dalamtanah kepada penduduk setempat.










