Terengganu, Malaysia
Pendapat

Harga Minyak Turun 35 Sen, Harga Akhbar Milik UMNO Naik 30 Sen

127867_2015-01-012B13.22.59

PAS mengalukan pengumuman penurunan harga Petrol dan Diesel berkuatkuasa 1 Januari 2015. Tindakan ini amatlah perlu bahkan patut dibuat lebih awal lagi agar rakyat mendapat hak yang sewajarnya seiring dengan kejatuhan harga minyak dunia.

2. Pada masa sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ada membuat seruan agar pemilik syarikat, pengilang, pengedar dan peruncit menurunkan harga barangan namun adakah saranan itu benar-benar berkesan atau sekadar bersuara untuk menyedapkan hati sahaja.?

3. Bermula 1 Januari juga, harga surat khabar di bawah Syarikat New Straits Times Press iaitu New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) and Harian Metro (HM) dinaikkan RM 0.30. Sungguh menghairankan, dalam keadaan kerajaan membuat seruan agar harga barang diturunkan tetapi pihak berkepentingan di dalam NST berbuat perkara sebaliknya.

4. Pihak kerajaan juga sepatutnya menjadi contoh tauladan dalam menurunkan harga barang kerana terdapat harga barangan seperti gula, tepung gandum, dan minyak masak yang berada dalam senarai harga barangan kawalan kerajaan. Penurunan harga barangan ini pastinya akan dapat membantu rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam berhadapan kos sara hidup yang begitu tinggi sekarang.

5. Dalam keadaan menjelmanya tahun baru 2015, detik pelaksanaan GST juga kian menghampiri maka pihak kerajaan perlulah membuat persediaan dan langkah yang proaktif untuk membantu rakyat. Hal ini kerana pihak kerajaan sendiri sudah pun mengakui pelaksanaan GST kelak akan menjadi faktor penyumbang kepada kenaikan harga barang dan berlakunya inflasi.

*** Kenyataan Media Dato’ Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan