Terengganu, Malaysia

Tranformasi Razif Gagal Lagi!

Tranformasi Razif Gagal Lagi!

KEMAMAN – Transformasi Terengganu Baharu yang dicadangkan oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman antaranya menggariskan supaya seluruh wakil-wakil rakyat PAS, pemimpin-pemimpin PAS duduk bersama dalam satu mesyuarat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, PAS telah mempersoalkan, sekiranya benar kerajaan negeri mahu melaksanakan transformasi itu, mengapa wakil-wakil rakyat PAS tidak dilantik dalam Jawatankuasa Majlis Tindakan Daerah?

“kita (wakil rakyat PAS) beritahu dalam (sidang) Dewan Undangan Negeri, kenapa tidak masukkan kita, wakil rakyat ni menjadi salah seorang ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan Daerah?

“Yang kedua kenapa tandatangan kita tak laku? Yang ketiga kita minta peruntukkan untuk wakil rakyat pembangkang diberi sama.

“Kalau ini diberi, ini lah transformasi baharu yang boleh berlaku dalam negeri Terengganu. Kalau tak, dia hanya cakap kosong sahaja. Dia hanya retorik sahaja,”tegas beliau.

IMG-20141228-WA0044Hanafiah menyifatkan Majlis Bantuan Banjir yang diadakan di Dewan Berlian Majlis Pebandaran Kemaman pada Sabtu 28 Disember hanya satu program biasa apabila banjir melanda setiap tahun.

Katanya, ia bukanlah satu agenda transformasi baru, sebagaimana lapan prinsip yang digariskan oleh Razif.
“Tak, tak nampak. Dia (MB) mari sekadar untuk berjumpa dengan mangsa banjir, dan kemudian menyerahkan wang……………itu sahaja.

“Itu bukan transformasi baharu. Itu agenda bila berlaku banjir tiap-tiap tahun. Siapa pun Menteri Besar, itu lah yang dia bagi. Siapa-siapa pun,”jelas beliau.

Beliau berkata, realitinya, tiada perubahan transformasi baharu dalam politik dan pendekatan kerajaan negeri apabila Majlis yang melibatkan Yang DiPertuan, Muda Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin itu, tidak menjemput wakil rakyat PAS.

Sedangkan banjir berlaku di daerah Kemaman dan ramai mangsa yang terlibat adalah dalam DUN Chukai yang diwakili oleh PAS.

http://youtu.be/uM-0ZA17mYA?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q

Bahkan Hanafiah menganggap Razif tidak pernah pun mendengar dan mahu bertoleransi kerana beliau sudah memaklumkan kepada kepada Razif beberapa kali.

“Sepatutnya, kalau dia betul-betul (mahu buat perubahan), dia jemput saya, dia beritahu saya, untuk hadir sama. Sebab dia nak mari kawasan kita. Dia tak beritahu (pun),

“Maknanya, itu bukan transformasi baharu. Saya dah cakap berapa kali dah dengan Menteri Besar……….saya kata bila Dato’ nak mari Kemaman, Dato’ beritahu lah pegawai, jemput saya hadir. Saya akan hadir lah. Ni (buat program) tak jemput (saya pun),”ulang Hanafiah dengan nada kesal.

Walaupun kerajaan negeri tidak menjemput beliau, kata Hanafiah, beliau tetap hadir untuk bertemu rakyat kerana majoriti warga DUN Chukai yang terlibat dalam musibah banjir dan mahu merasai bersama ‘kesusahan’ yang dialami mereka.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan