Terengganu, Malaysia

‘Saga’ Runtuh, Rosak dan ‘Punoh’ Berterusan!

‘Saga’ Runtuh, Rosak dan ‘Punoh’ Berterusan!

KUALA NERUS – ‘Badi’ masalah bangunan atau binaan yang runtuh, rosak dan punah berterusan melanda pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu, walaupun sudah dua kali bertujar Menteri Besar.

Kali ini, bangunan rumah tol Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) di laluan susur keluar Kuala Terengganu di Kampung Gemuroh dekat sini runtuh sebahagian silingnya.

IMG-20141222-WA0039Seorang pengguna lebuhraya tersebut, Abu Bakar Abdullah berkata, beliau nyaris ditimpa oleh kayu-kayu yang runtuh itu apabila beliau melalui rumah tol itu kira-kira jam 7 pagi.

“sakni (baru sebentar tadi) ambe (saya) lalu kut ikut) rumah tol Gemuroh tu………..silingnye dah 50% runtuh…………ingatkan ‘netting’ (jarring) hitam,

“Ambe nok (nak) masuk lorong 2 tu tadi, nasib baik dang (sempat mengelak) ke kiri sekali………,”ujarnya ketika menghubungi pihak kami.

Sementara itu, LPT2 yang diumumkan akan siap dan dapat digunakan oleh pengguna pada akhir bulan ini masih belum dapat dipastikan lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Ir Rosli Othman pada bulan Julai lalu berkata, pembinaan LPT2 yang bernilai RM3.7 bilion berbaki hanya empat peratus.

“Dari segi kemajuan projek hingga hari ini, ia sudah siap sebanyak 96 peratus berbanding 97 peratus yang dijadualkan.

“Namun saya berkeyakinan penuh bahawa LPT2 ini dapat dibuka sepenuhnya akhir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pembukaan sebahagian jajaran LPT2 sepanjang 26km dari Persimpangan Jabor ke Persimpangan Cheneh, dekat Plaza Tol Jabor, pada 21 Julai.

IMG-20141222-WA0033Menurut seorang penduduk tempatan, Muhammad Mujahid yang ditemui berkata, beliau tidak yakin LPT2 dapat disiapkan dan boleh digunakan pada akhir bulan ini.

“saya baru melalui jalan (LPT2) petang semalam, kami sekeluarga dari Kuala Lumpur, keluar dari Tol Jabor, kemudian mengikuti jalan biasa, masuk semula ke LPT2 melalui persimpangan Cheneh,

“sampai di Kerteh…….tak boleh lalu dan terpaksa menggunakan GPS ikut jalan kampung dan masuk semula (ke LPT2) melalui persimpangan Paka,

“saya tak yakin, ia akan siap dan boleh digunakan pada akhir bulan ini,”ujarnya.

Pakej 5 LPT2 itu walaupun telah siap tetapi terpaksa dibina semual apabila beberapa jambatan persimpangan Kampung Chabang dekat Kerteh terpaksa dirobohkan kerana didapati ia semakin ‘tenggelam’.

Sehubungan itu, Ir Rosli yang juga ADUN Kemasek turut mengakui lebuhraya tersebut sudah banyak yang rosak dan memerlukan pembaikian.

Katanya, ia akan diambil tanggungjawab oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

“Jajaran itu di bawah LLM dan melalui perbincangan kita dengan pihak LLM kita sudah cadangkan mereka ambil skim penyelengaraan lebuh raya agar segala kerosakan dibaiki segara,” katanya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan