DUNGUN – Setelah hujan turun tanpa henti di s ebelah Hulu Sungai Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, mengarahkan semua petugas Jawatankuasa Tindakan Banjir DUN aktif dan memberi bantuan kepada mangsa sebaik mungkin.
Kampung Pasir Raja dan Shukur diantara kampung yang paling awal dinaiki air menyebabkan 317 dipindahkan ke pusat perpindahan. Air sungai mula melimpah tebing jam 10 malam selasa lalu dengan cepat. Penduduk kedua kampung ini sudah biasa dengan fenomena ini dan mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga.
” Jawatankuasa ini bukan berhasrat mengambil alih tugas agensi dan jabatan kerajaan , namun kita sebagai sebuah parti, kita juga perlu memastikan keselamatan penduduk terjamin dan kebajikan mereka di pusat perpindahan tidak terabai.
Walaupun kita memenangi Parlimen Dungun ini, saya selaku ahlinya tidak diberi peruntukan seperti mana ahli Parlimen dari Barisan Nasional, namun kita berusaha sedaya upaya agar rakyat tidak terhimpit dengan kepayahan dalam situasi ini.
” Saya berharap kita semua memberi kerjasama kepada semua agensi berkaitan dalam isu rakyat. Kita sudah ada pengalaman yang lalu dan ianya perlu dijadikan satu pengajaran untuk kita hadapi situasi ini.” Katanya selepas ditemui media sejurus mesyuarat tergempar Jatankuasa ini.
Beberapa laluan ke Kuala Jengai sudah tidak dapat dilalui kenderaan ringan dan biasanya ia hanya sekejap berdasarkan faktor hujan. Sungai Dungun juga sudah melepasi tahap bacaan berjaga-jaga.
Selain Pasir Raja dan Shukur, kampung Belimbing, Jongok Batu, Pelambur, Kuala Jengai Rantau Panjang ,Minda Tepus dan Talung antara kampung yang biasanya digelami banjir dan terputus hubungan.
Pengarah kebajikan DUN Bukit Besi, Haji Ibrahim Abdullah berkata ” Kita sudah siap siaga dan mulai hari ini kita aktifkan bilik opersi kita . Ini gelombang kedua bagi kami dan tiada masalah dari logistik. Kita bahagikan dua zon untuk memudahkan penyelasaran gerakerja kerana keluasan dan faktor jalan perhubungan.
” Bagi Zon 1 melibatkan kampung Rantau Panjang, Minda ,Tepus, Talung, Jerangau ,Dendang Batu Sawar, Wa dan Pinang Baru. Selebihnya bermula dari Kuala Jengai sehingga Pasir Raja kita peahkankan kepada Zon 2.” Katanya ketika ditemui selepas mesyuarat tergempar persiapan banjir .










