DUNGUN – Seramai 194 orang anak yatim daripada 89 keluarga dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka telah mendapat perhatian ADUN Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat.
Mereka telah dibawa ke sebuah pusat beli belah dekat sini, untuk membeli pakaian sekolah bagi membuat persiapan sesi akan datang yang bermula awal Januari, 2015.
Ustaz Satiful berkata, usaha membantu anak-anak yatim adalah amalan mulia yang dituntut Islam dan merupakan amalan nabi Muhammad SAW
“Islam menuntut pembelaan terhadap anak-anak yatim ini dan banyak tempat disembutkan dalam al-Quran tentang anak-anak yatim,
“nabi Muhammad adalah anak yatim ketika dilahirkan dan beliau sangat memuliakan ansk-anak yatim,”ujarnya ketika berucap pada majlis perasmian program tersebut.
Beliau melahirkan rasa syukur kepada Allah dan menghargai usaha yang diambil ole Darul Aitam serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak menyumbang.
Turut hadir adalah Pengerusi Daruk Aitam Tuan Haji Mohamad Wan Ngah, yang merupakan penggerak utama dalam usaha mengumpul dana sebanyak RM20,000 bagi program tahunan itu.
Sehubunhan itu, Ustaz Satiful selaku Pesuruhjaya Terengganu berharap lebih banyak pihak tampil membantu golongan miskin dan kurang berkemampuan dalam menghadapi keadaan ekonomi negara yang semakin ‘menyempit’.
Terutamanya kata beliau, harga barang yang naik ekoran kenaikan harga minyak sebelum ini, tidak turun, walaupun harga minyak turun sedikit.
Manakala, ramai pengusaha dan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga mereka lebih awal kerana GST walaupun ia hanya akan dilakuatkuasa pada April tahun hadapan.
Justeru, kata beliau, program kebajikan membantuan golongan terbabit mampu mengurangkan bebanan keluarga masing-masing dan dapat mengurangkan masalah sosial.










