Terengganu, Malaysia

Projek Pertanian dan Asas Tani Puluhan Juta Ringgit Gagal

Projek Pertanian dan Asas Tani Puluhan Juta Ringgit Gagal

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelan Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyampaikan keresahan rakyat berikutan banyak projek-projek pertanian yang dilaksanakan olh kerajaan negeri berakhir dengan kegagalan.

“saya perhatikan, banyak projek ataupun perancangan, yang berhubung dengan pengeluaran hasil pertanian ini gagal,

ubi-gadong“Kalau tak salah ingatan saya, roselle, ikan, projek kambing, ubi gadung, (gagal) satu demi satu (dan) tak ada satu yang saya rasa rakyat Terengganu boleh bangga lah,”tegas beliau.

Beliau menyuarakan kebimbangan itu ketika mengajukan soalan tambahan kepada Pengerusi (Exco) Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani Dan Perusahaan Perladangan & Komoditi Nawi Bin Mohamad, pada sidang DUN hari Rabu, 10 Disember.

Beliau mempersoalkan adakah projek-projek tersebut dibuat tanpa perancangan dan kajian yang teliti sehingga merugikan negeri dan rakyat Terengganu puluhan juta ringgit.

“Jadi saya tanya, adakah satu-satu perancangan, nak buat perancangan berhubung dengan penghasilan bahan pertanian ini, ada tak kajian yang dia buat ?

“ada tak minta bantuan dengan pakar-pakar atau agensi yang berkaitan untuk membantu secara lebih holistik supaya, satu demi satu kegagalan, saya rasa agak malang lah negeri Terengganu,

“Soalannya ada tak kajiannya ? satu demi satu gagal projek ni,”Tanya beliau yang juga mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Namun soalan beliau dijawab dengan sikap ‘acuh tak acuh’ dan sambal lewa oleh Exco kerajaan yang juga ADUN Barisan Nasional (BN) Hulu Besut itu.

“pertanian ni benda hidup. kalau kita dapati ia tidak baik, kita ganti yang lain. Itu lah jawapannya,”kata Nawi

projek TADC Gagal1TADC Yang Sah Gagal

Kegagalan Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) yang merupakan merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terenggganu (PMINT) telah dikesan sejak tahun 2008, selepas dua tahun ia ditubuhkan.

Buletinonline telah menerbitkan artikel bertajuk ‘Tembelang Idris dan TADC Yang Sakit’ pada 28 September, 2008, berikutan pendedahan yang dibuat oleh Laporan Ketua Audit Negara, pada tahun sebelumnya.

Selepas beroperasi selama 8 tahun TADC terus gagal menjana keuntungan pada keseluruhan perniagaannya.

TADC ditubuhkan pada 31 Mei 1972 di bawah Akta Syarikat 1965 yang asalnya dikenali sebagai Terengganu Garam Sdn. Bhd. dan ditukarkan kepada Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. pada bulan Februari 2006.

TADC mempunyai modal saham dibenarkan sejumlah RM1 juta dan modal berbayar sejumlah RM500,000. Aktiviti utama TADC adalah menguruskan kontrak-kontrak pembinaan berasaskan pertanian, pemasaran barangan pertanian dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya.

Objektif penubuhan TADC adalah untuk membantu kumpulan sasar iaitu golongan rakyat termiskin bagi meningkatkan taraf hidup mereka dengan memfokuskan kepada bidang pertanian, penternakan dan perikanan untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Selaras itu, misi TADC adalah menjadikan bidang pertanian suatu perniagaan, membantu menyumbang kepada peningkatan pendapatan dan taraf kehidupan golongan sasar iaitu petani, penternak dan nelayan dengan menitikberatkan pengagihan keuntungan secara saksama tidak terlaksana.

projek TADC GagalPenemuan Audit

Pengauditan yang dijalankan oleh Jabatan Audit Neagara antara bulan September hingga November 2013 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan TADC adalah kurang memuaskan dengan catatan kerugian terkumpul berjumlah RM5.71 juta.

Hasil analisis nisbah mendapati prestasi kewangan adalah kurang memuaskan yang melibatkan masalah kecairan, margin keuntungan yang rendah dan kemampuan bayaran hutang yang rendah.

Selain itu, pengurusan aktiviti dan tadbir urus korporat juga kurang memuaskan dengan kelemahan yang dikenal pasti adalah akibat projek tidak berjaya, prestasi syarikat subsidiari kurang baik dan syarikat mengalami kerugian dan berstatus dorman serta syarikat gagal membuat bayaran balik pinjaman.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1, Aktiviti Jabatan dan PengurusanAgensi Syarikat Kerajaan, prestasi syarikat TADC lemah kerana strategi dan rancangan korporat tidak disediakan.

Selain itu, Standard Operating Procedures juga tidak disediakan dengan menyeluruh dan bayaran ‘reimbursable expenses’ tidak berkaitan dengan urusan syarikat serta pengurusan aset kurang memuaskan.

Projek-projek Yang Gagal

jagung kuala ping1. Projek Ladang Jagung Di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu

Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sejumlah RM1.57 juta untuk projek tanaman jagung secara berperingkat di atas tanah padang ragut seluas 60 ekar di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu. Projek diberi secara rundingan terus kepada TADC dengan tarikh milik tapak pada 2 Ogos 2009 dengan mengambil kira tempoh kontrak selama 3½ bulan sehingga 17 Disember 2009.

Kawasan projek tersebut dibahagikan kepada 45 ekar untuk kawasan penanaman dan 15 ekar untuk kawasan kemudahan infrastruktur seperti kolam takungan air, pejabat, stor baja dan garaj traktor. Hasil tuaian dijangkakan sebanyak 10,000 tongkol seekar/musim akan diperoleh dengan 2 musim dalammasa setahun.

Bagi melaksanakan penanaman jagung hibrid, pihak syarikat swasta bersetuju menjadi rakan kongsi dengan TADC dalam menjayakan dan memasarkan produk dari keluaran projek tanaman jagung hibrid.

Semakan Audit mendapati TADC telah berbelanja sejumlah RM2.05 juta untukmembiayai keseluruhan projek yang terdiri daripada perbelanjaan menyediakan infrastruktur/peralatan sejumlah RM1.42 juta dan pembelian traktor sejumlah RM623,370. Projek tanaman jagung ini berjaya dilakukan hanya 3 musim sahaja.

Kerja penanaman pada pusingan pertama dimulakan pada bulan Julai 2009 melibatkan kawasan seluas 20 ekar dan 2 musim pada tahun 2010 iaitu musim pertama seluas 45 ekar dan musim kedua seluas 40 ekar. Hasil pengeluaran jagung yang diperoleh pada 3 musim yang telah diusahakan didapati tidak menepati sasaran yang ditetapkan.

Memandangkan projek ini tidak ekonomi dijalankan disebabkan potensi pengeluaran tidak mencapai sasaran, Mesyuarat Lembaga Pengarah Kali Ke 33-4/2011 bertarikh 25 Julai 2011 bersetuju supaya pembekalan jagung kepada pihak syarikat swasta berkenaan ditamatkan dan operasi tanaman jagung dihentikan.

Screenshot (487)2. Terengganu Agrobiotech Centre, Ajil.

Kerajaan Negeri telah melabur sejumlah RM5.61 juta bagi membina bangunan pentadbiran dan makmal sebagai sebuah pusat agrobiotech di Kompleks Pertanian Negeri, di Ajil, Daerah Hulu Terengganu yang boleh menyediakan bermacam-macam jenis anak benih pokok tanaman yang berkualiti tinggi.

Pusat ini dapat membantu membuat penyelidikan bagi tanaman baharu yang berpotensi mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada usahawan tani dan secara langsung kepada rakyat Negeri Terengganu.

Selain itu, pusat agrobiotech ini akan dijadikan tempat kajian dan pembangunan untuk pengeluaran benih berkualiti dengan penggunaan kaedah tissue culture dalam bidang pertanian. TADC mensasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 226,800 anak pokok setahun.

Hasil semakan Audit mendapati pengurusan makmal diserahkan kepada Terengganu Agrobio Research Sdn. Bhd yang ditubuhkan untuk tujuan mengendalikan operasi pengeluaran anak benih pokok tissue culture.

Makmal telah beroperasi mulai 7 Mac 2010 dengan seramai 10 orang kakitangan. Dipermulaan projek, pengeluaran benih pisang berangan telah dipilih disebabkan permintaan pisang tersebut yang tinggi.

tadc biotekBagaimanapun, pengeluaran anak benih tidak berjaya mencapai sasaran. Berdasarkan mesyuarat Lembaga Pengarah Kali Ke34-5/2011, anak benih pisang berjaya dijual sehingga bulan Ogos 2011 adalah sebanyak 9,024 polibeg dengan pendapatan sejumlah RM12,338.

Pengeluaran anak benih tidak mencapai sasaran adalah disebabkan TADC belum mempunyai kepakaran yang tinggi iaitu Culturist yang belum mahir dalam bidang tissue culture.

Pada bulan November 2011 seramai 2 orang kakitangan dan seorang pembantu makmal dikekalkan dan lain-lain kakitangan telah ditamatkan perkhidmatan di Pusat Agrobiotech dan sejak itu operasi makmal telah diberhentikan kerana input pertanian daripada projek yang lain tidak ada lagi. Status pemilikan bangunan makmal ini tidak dapat dikenal pasti.

Lawatan Audit pada 23 September 2013 mendapati makmal ini tidak beroperasi. Bangunan makmal, sub-station TNB, tapak semaian dan peralatan makmal telah terbiar.[Projek Bio-Tek TADC dihentikan kerugian jutaan ringgit?]

Screenshot (489)3. Pusat Pengumpulan, Penggredan Dan Pengagihan Hasil Tani

Pusat Pengumpulan Penggredan Dan Pengagihan Hasil Tani (Distribution Centre – DC) dibina pada tahun 2007 di atas tapak tanah milik PMINT dan beroperasi sebagai sebuah tempat bagi menyimpan, memproses, membungkus dan mengagihkan produk-produk hasil tani sebelum dipasarkan di pasaran yang telah ditetapkan.

Pada tahun 2010, DC telah dinaiktaraf sebagai sebuah kilang dengan memperoleh peruntukan sejumlah RM4.66 juta bagi membiayai kos penambahbaikan, kos pembelian peralatan dan kos belanja pengurusan untuk menghasilkan jagung proses yang menepati piawaian pasaran. Kilang ini akan memproses jagung daripada Ladang Kampung Kuala Ping dan Kampung Nibong untuk dipasarkan.

Hasil semakan Audit mendapati DC tidak beroperasi sejak pertengahan tahun 2011 susulan ladang di Kampung Kuala Ping dan Kampung Nibong tidak melaksanakan aktiviti pengeluaran jagung. Kilang dan peralatan memproses jagung terbiar tanpa digunakan seperti di Gambar 3.20 hingga Gambar 3.22. Status pemilikan bangunan DC dimaklumkan adalah milik PMINT. Lawatan Audit
pada 30 September 2013 mendapati DC masih tidak beroperasi lagi.

Screenshot (486)4. Projek Ladang Jagung Kampung Nibong, Hulu Terengganu

TADC diberi kelulusan oleh Kerajaan Negeri untuk memajukan tanah sawah terbiar untuk diusahakan secara berkelompok oleh penduduk kampung seluas 300 ekar untuk menanam jagung dengan peruntukan yang telah diluluskan sejumlah RM3.85 juta.

Projek diberi secara rundingan terus kepada TADC dengan mengambil kira tempoh projek selama 18 bulan dari tarikh masuk tapak pada 22 Julai 2010 sehingga tempoh siap kerja pada 22 Januari 2012. Hasil tuaian dijangkakan akan diperoleh sebanyak 8,000 tongkol seekar/musim.

Semakan Audit mendapati peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Negeri sejumlah RM2.97 juta oleh TADC telah digunakan untuk membiayai penyediaan infrastruktur seperti membersihkan kawasan ladang, membina jalan crusher run dengan kos sejumlah RM451,720, membina pagar kawat berduri yang menelan belanja RM700,000, sebuah garaj traktor yang mengandungi 1 unit stor dengan kos binaan sejumlah RM54,775, membina sebuah pejabat ladang 2 tingkat yang menelan belanja sejumlah RM249,975 dan kemudahan infrastruktur yang lain.

Pelaksanaan projek penanaman jagung hanya sekali dilakukan iaitu pada bulan Ogos 2010 yang melibatkan 15 ekar tanah sahaja. Jumlah jagung yang berjaya dituai pada bulan Oktober 2010 adalah sebanyak 58,580 tongkol ataupun 3,905 tongkol seekar. Hasil pengeluaran ini juga didapati tidak menepati sasaran yang ditetapkan.

Semakan Audit juga mendapati tapak projek seluas 300 ekar tersebut telah bertukar hak milik kepada 150 individu setelah Pejabat Tanah Daerah Hulu Terengganu mengeluarkan Borang 5A pada 18 Januari 2012. Setiap individu membayar premium tanah sekurang-kurangnya RM1,000 bagi setiap lot tanah yang diberikan hak milik.

Lawatan Audit pada 23 September 2013 mendapati tapak projek telah ditumbuhi semak samun dengan menutupi jalan crusher run dan pagar kawat berduri. Manakala garaj traktor yang mengandungi sebuah stor telah dirobohkan. Mesyuarat Pengurusan TADC pada 12 September 2013 bersetuju merobohkan dan menjual bangunan pejabat ladang dua tingkat dengan harga RM5,000. Projek ini gagal mencapai matlamatnya selepas RM2.97 juta dibelanjakan.

Beberapa masalah dikenal pasti berkaitan dengan projek seperti pekerja tidak cekap, pekerja berstatus sementara dan ketiadaan tenaga mahir di ladang telah menyebabkan kapasiti pengeluaran tidak mencapai tahap sasaran dan gred kualiti jagung yang rendah.

nawi95. Projek Ternakan Kambing

Projek ternakan kambing dilaksanakan secara usaha sama dengan pihak East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) dan Jabatan Veterinar.

Pelaksanaan projek melibatkan tempat/tanah yang dimiliki oleh Jabatan Veterinar, kambing kepunyaan ECERDC manakala TADC adalah sebagai syarikat yang menjalankan aktiviti penternakan. Tempoh perjanjian adalah 3 tahun dengan 2 tahun tambahan. Projek Ternakan melibatkan 2 program iaitu ternakan kambing komersial di Ladang Telaga Papan dan ternakan kambing pengganda di Ladang Tersat. Sebanyak 2,120 ekor kambing dibekalkan di mana1,590 ekor akan diternak di Telaga Papan dan 530 ekor diternak di Tersat.

Dibawah usahasama ini, TADC dikehendaki menyerahkan balik kepada ECERDC sebanyak 2,000 ekor kambing dalam masa lima tahun.

Hasil semakan Audit mendapati TADC mengambil alih projek ternakan kambing daripada Marditech Corporation Sdn. Bhd. pada 1 November 2010. Sebuah syarikat swasta dikekalkan sebagai Pengurus Projek bagi menjalankan pengurusan pemeliharaan ternakan kambing, rancangan perniagaan dan tugas-tugas teknikal yang berkaitan kerana TADC belum bersedia menjalankan operasi projek ternakan kambing.

Bagaimanapun, usaha sama projek ternakan ini ditamatkan pada tahun 2011. Penamatan ini kerana mengambil kira factor kedudukan tapak projek berada di kawasan banjir, kadar kematian ternakan tinggi, kelengkapan jentera ladang tidak mencukupi dan kekangan modal pusingan.

Ekoran hasil penjualan kambing yang tidak dapat menampung kos ternakan, pelaburan TADC dalam projek usaha sama ini telah mengalami kerugian. Catatan urus niaga untung/rugi projek ternakan adalah seperti di

Screenshot (490)6. Program Susu Sekolah 1 Malaysia (PS1M)

Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) telah dilantik oleh sebuah syarikat tenusu dari Sabah sebagai Kontraktor Pengedar Susu UHT bagi Program Susu 1 Malaysia (PS1M) bagi Negeri Kelantan dan Terengganu bagi tahun 2011.

TADC telah melantik syarikat swasta yang lain selaku pengedar bagi melaksanakan proses pengedaran susu ke sekolah-sekolah bagi kedua-dua negeri tersebut. Mengikut perancangan awal, tempoh pelaksanaan program ini bermula bulan Februari 2011 sehingga Disember 2011. Namun begitu kerja-kerja pengedaran susu ke sekolah bagi kedua-dua buah negeri tersebut hanya bermula sepenuhnya pada bulan September 2011 sehingga November 2011 kerana menunggu kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kelewatan penghantaran menyebabkan stok susu disimpan sehingga tarikh luput. Secara tidak langsung membantutkan segala aktiviti pengedaran susu ke sekolah-sekolah.

Semakan Audit mendapati berlaku pertikaian di antara TADC dengan syarikat tenusu tersebut berkenaan bayaran caj pengurusan sejumlah RM434,592 yang dituntut oleh TADC ke atas kerja-kerja pengedaran susu PS1M.

Screenshot (491)Bagaimanapun, pihak Audit difahamkan bahawa pihak syarikat tidak menjelaskan bayaran berkenaan dengan mengaitkan isu kegagalan penghantaran susu ke sekolah. Menurut TADC pertikaian ini masih belum selesai.

Secara umumnya, kegagalan pelaksanaan program/projek telah mengakibatkan perkara-perkara berikut:

i. Projek tanaman jagung hibrid tidak dapat memenuhi hasrat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan usahawan pertanian yang mampan dan meningkatkan taraf sosial ekonomi.
ii. Matlamat program dalam menggunakan amalan pertanian terbaik untuk dijadikan contoh untuk diterapkan kepada petani-petani tidak tercapai.
iii. Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan tidak berjaya diwujudkanterutamanya peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan