HARAP 3.1; Menggarap Harapan Rakyat Terengganu

2851
http://www.buletinonline.net/images/stories/PGU2/pgu2.JPG

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) akan menganjurkan satu himpunan massa, Himpunan Harapan Rakyat Terengganu (HARAP 3.1) bagi mengumpulkan semua jenteranya pada 29hb hingga 31 Januari akan datang.

Pengarah HARAP 3.1 Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata, ia akan diadakan di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Nerus.

peta HARAP“In sha Allah pada 29 hingga 31 Januari kita akan menghimpunkan jentera kita seluruh terengganu khussnya dalam Parlimen Kuala Nerus, dan lebih khususnya di DUN Seberang Takir untuk berkumpul untuk satu program Himpunan Harapan Rakyat (HARAP 3.1) untuk bersama dengan rakyat,”ujarnya.

Katanya, HARAP 3.1 akan lebih memberikan fokus kepada gerak kerja turun bersama masyarakat dan perasmian program tersebut akan berlangsung pada 30 Januari (Jumaat malam) oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“pada besok harinya kita mula pada pagi dengan pelancaran gerak kerja oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu oleh (dengan) semua badan (dan) agensi PAS, seperti Unit Amal, Nisa’, Muslimat, Pemuda dan lain-lain lagi,

“semua akan berkumpul di tapak mendengar arahan daripada Pesuruhjaya dan selepas itu, semua akan bergerak ke tempat masing-masing (meneruskan aktiviti),”jelasnya.

Fokus utama HARAP 3.1 ialah kerja-kerja kebajikan dimana menurutnya, bersempena himpunan itu PAS akan mendirikan satu binaan yang menjadi ‘mercu tanda’ untuk kegunaan masyarakat setempat.

Katanya, ia sebagai satu simbolik pada masayrakat bahawa telah satu himpunan yang dianjurkan PAS telah berlangsung di DUN Seberang Takir.

Haji Muhyiddin yang juga Setiausaha BPPNT berkata, semua Ahli-ahli Dewa Undangan Negeri (ADUN) dan pemimpin PAS, akan turun ke dalam masyarakat bagi menziarahi rakyat.

“kita akan kenal pasti rumah rakyat kita di kawasan ini yang akan kita turun, semua pemimpin kita akan turun ke rumah-rumah rakyat ini.

“selain dari itu, kita akan ada rawatan-rawatan program kesihatan, moden dan syifa’ (secara percuma) dan begitu juga (akan diadakan) program yang berbentuk kepemudaan, muslimat dan ulamak,”jelasnya.

http://youtu.be/Gyp6WIw-S4g?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q

Beliau yakin HARAP 3.1 akan lebih menarik kerana aktiviti yang diadakan dalam pelbagai bentuk dan santai.

Objektif kepada HARAP 3.1 adalah, kata beliau untuk lebih memasyarakatkan PAS, supaya orang ramai menjadi lebih mesra dan dekat dengan PAS.

“Dengan penglibatan semua wakil rakyat kita, melibatkan semua pemimpin, kita akan turun bersama (laksanakan) kerja-kerja kebajikan, ziarah dalam menyampaikan maklumat,

“dalam tazkirah, kuliah, khutbah dan sebagainya, begitu juga program santai supaya masyarakat lebih mengenali PAS dan pemimpin PAS itu sendiri, bahawa kita bersama dengan masyarakat,”tegasnya.

20141125_182917Beliau berkata, tema HARAP 3.1 yang akan diadakan pada kali ini adalah ‘PAS HARAPAN SEMUA’.

Bagi menjelaskan tema itu, suatu kain putih yang besar akan diletakkan di tapak program, untuk orang ramai menulis, bagi menyampaikan hasrat mereka kepada PAS.

“Kita sudah bersetuju dengan satu tema ‘PAS HARAPAN SEMUA’ dalam menterjemahkan tema ini , kita akan membuat penngkatan baru diantaranya kita akan ada ‘wishing board’ (Papan Tanda Harapan).

“Kita mungkin akan adakan satu kain putih, kita minta rakyat sebutkan apa harapan kepada PAS, Apa yang diharapkan kepada PAS sekiranya ia diberi mandat untuk memerintah (negeri Terengganu),”ujarnya lagi.

Sehubungan itu, kaunter aduan rakyat akan dibuka bagi orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan kerajaan yang sedia ada, selain unit Teknologi Maklumat (IT) akan membuat temu bual dengan para pengunjung.