Terengganu, Malaysia

Pemimpin Umno, Media Sepatutnya Tegur SIS Sejak Tahun 80-an

Pemimpin Umno, Media Sepatutnya Tegur SIS Sejak Tahun 80-an

KUALA TERENGGANU – Pemimpin Umno dan pihak media sepatutnya sudah lama menegur kumpulan Sisters In Islam (SIS) yang telah wujud sejak tahun 1980-an.

Tetapi sebaliknya, tiada apa-apa tindakan yang diambil kerana pemimpin SIS, Marina Mahathir adalah anak kepada Perdana Menteri ketika itu.

“Jadi sepatutnya, SIS ini dah dibaiki, 80-an lagi, kerana orang cakap semasa tu, SIS berpengaruh . Saya berani kata, mungkin ‘newspaper cutting’ (keratan akhbar) saya ada lagi.

“Saya cakap terus terang lah, Marina Mahathir (pemimpin SIS). Masa tu dia anak Perdana Menteri. Jadi tak ada orang nak tegur. Jadi sekarang baru orang nak tegur……..orang UMNO sendiri ke……orang media ke,

“Jadi sepatutnya kalau perkara ini telah dibetulkan daripada awal, mungkin tak sampai pada tahap ini,”ujar Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarulbahrin Shah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu berkaitan SIS yang diharamkan oleh Fatwa Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau turut mengakui, dari sudut pandangannya, SIS adalah kumpulan yang banyak mengikut gaya barat.

“SIS ni bukan baru ni, tahun 80-an saya dah pernah tengok (dah ikuti) saya dah tengok SIS ni banyak mengikut ‘syle’(gaya) Barat lah……….. Macam (perjuangan) ‘Women Lib’ dan sebagainya,

“jadi dari situ memang dah Nampak dah SIS ni pergi ke arah yang lain, mengikut sangat cara barat tanpa memberi tekanan yang sepatutnya tentang peraturan Islam,

“sampai sekarang pun saya rasa sikap dia (SDI) masih begitu,”jelasnya.

Namun begitu, menurutnya, mungkin dari sudut tertentu, umpamanya soal keadilan yang melibatkan kaum wanita, SIS mungkin ada betulnya.

Justeru, beliau berpendapat agar SIS terus didekati dan pada masa yang sama memberikan teguran dan tunjuk ajar agar ia dapat memahami Islam yang sebenarnya, bukan Islam dari sudut pandang kebaratan.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan