Salah seorang pengasas kumpulan Hamas, Muhammed Taha telah dilaporkan meninggal dunia di hospital di mana dia mendapatkan rawatan.


Beliau pernah ditangkap dan dibawa untuk disoal siasat oleh pihak berkuasa Israel, dalam satu serbuan tentera di kem pelarian Bureij di tengah Gaza pada Mac 2003.
Beliau telah ditangkap bersama tiga daripada anak-anaknya dalam satu serbuan di mana lapan rakyat Palestin yang lain terbunuh.
Beliau telah dibebaskan setahun kemudian pada 5 Mei, 2004, setelah ditahan tanpa bicara selama 14 bulan.


Sayap ketenteraan Hamas Izzeddin El Kasam briged mengumumkan melalui mesej internet bahawa beliau telah meninggal dunia selepas sakit yang lama dan enggan memaklumkan keadaan kesihatannya.
Muhammed Taha dilahirkan di Palestin pada tahun 1937. Beliau telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Hamas pada tahun 1987. Beliau bekerja dengan Sheikh Ahmed Yasin selama bertahun-tahun.
Bapanya, Saleh Taha, adalah ahli kumpulan Sheikh Ezzedeen Al-Qassam rangkaian kebangkitan dalam tahun 1930-an, individu yang menyertai pemangkin kebangkitan Palestin terhadap mandat British dan era kolonialisme Yahudi di tanah airnya.


Seorang lagi anaknya Yasser Taha atau abu Huthaifa, telah dibunuh oleh tentera Israel dalam serangan udara tahun 2003, ditembak oleh helikopter rejim ketika beliau menaiki kenderaan bersama isterinya yang sedang mengandung.



























