Dulu kejar-kejar Duit, Sekarang kejar-kejar Masjid – Noorkumalasari

3691

Pelakon dan penyayi popular tahun 80-an, Noorkumalasari Romai Noor tidak akan memulaukan dunia seni dan sentiasa memberikan sokongan, walaupun sudah berhijab.

Beliau yang kini tinggal berdua bersama suaminya, tidak sibuk menguruskan rumahtangga kerana menurutnya, anak-anaknya semua berada di kolej dan seorang telah bekerja.

“tak ada buat apa asekarang, saya dengan suami, berulang alik ke masjid dari subuh hingga ke Isyak,

“(tak ada beza) rupa je yang lain, dulu saya tak berhijab……..sekarang berhijab…..AlhamduliLlah, ramai juga artis, juga kawan-kawan saya sudah berhijab,”ujarnya.

Katanya, kalau dijemput oleh mana-mana pihak ke majlis-majlis melibatkan ‘dunia seni’ beliau akan hadir kerana katanya, beliau terus memberikan sokongan, namun tidak akan kembali berlakon.

Beliau mengakui, bidang lakonan yang mengejar kewangan tidak lagi menjadi tarikan kepadanya dan beliau lebih seronok mendekatkan dirinya kepada Allah.

“Kalau berlakon… sekarang saya sudah bercinta ke masjid susah nanti (kalau berlakon) nak ke masjid,

“saya lebih rasa sekarang……….dulu kejar-kejar duit…….sekarang kejar-kejar pergi ke masjid, buat amal ibadah,

“tetapkan keimanan lagi….tambahkan ilmu…….untuk hari akhirat,”jelasnya dalam temubual video oleh mStar