Kejayaan Jabatan Amal Negeri Terengganu yang telah terpilih sebagai pasukan Negeri Terbaik pada Jambori Amal Kebangsaan 2014 adalah sudah diduga.
Pengarah Amal Terengganu Ahmad Sauji Abd Rashid berkata kontinjen Amal Terengganu telah menghantar seramai 170 anggota menyertai himpunan tahunannyang diadakan pada 30 Oktober hingga 2 November lalu, di Briliant Camp site, Padang Terap,
Kedah Darul Aman.
Beliau melahirkan rasa syukur kerana anggotanya berjaya menggondol tempat pertama, kedua dan ketiga dalam acara Memanah, selain juara dalam Amal Race dan Gusti Lengan serta Nasyid dan Pentomen.
“kita menang kerana mungkin negeri lain tak kuat, tapi kita sudah atur strategi dari awal doh dan berkat doa semua,
“persefahaman (di kalangan) peserta jambori, persiapan yang kemas dari segi spiritual, mental dan fizikal dari amal negeri,”jelasnya.
Sehubungan itu, beliau berharap agar anggota Jabatan Amal terus istiqomah dan meluaskan amal kebajikan membantu masyarakat di mana jua.
Beliau juga menyeru semua anggota Amal agar mengekalkan prestasi dan kecergasan untuk turun membantu orang ramai yang ditimpa kesusahan terutamanya dalam musim tengkujuh yang akan tiba.
Justeru bagi merayakan kejayaan kontinjen Amal Terengganu itu, satu majlis Keraian akan diadakan pada Jumaat 7 November, jam 8.30 malam di Komtaq Kuala Nerus.
“in sha Allah pada majlis tersebut para peserta jambori akan diraikan oleh pemimpin Kanan Pemuda PAS Negeri,
“kita berazam akan menghantar lebih ramai anggota menyertai Jambori ke 22 di Negeri Sembilan tahun depan, dan terus dipilih menjadi kontinjen negeri yang terbaik,”katanya




























