PAS Kesal Kerajaan Lulus ‘Dikir Karut’ Dalam Suasana Ma’al Hijrah

1400

MARANG – Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang melahirkan kekesalan dan membantah penganjuran Konsert Dikir Barat di padang Bola Kampung Rawai, Alur Limbat, semalam.

Lebih menyedihkan, kata Setiausahanya Mohamad Aswadi Mohamad, konsert tersebut diluluskan dan diberi permit oleh Majlis Daerah Marang dalam suasana negara dan seluruh umat Islam menyambut Ma’al Hijrah dan Tahun Baru Islam.

“kita melahirkan bantahan dengan penganjuran Konsert Dikir Barat yang menampilkan penyanyi dikir barat perempuan dengan berpakaian tidak senonoh dan menghairahkan.

“kawasan (daerah) Marang yang dikenali dengan kawasan yang subur dengan ilmu dengan tempat alim ulama begitu juga (ia dianjurkan) taktala negara kini masih bergelut untuk merungkaikan pelbagai kemelut masalah sosial yang melanda,

“dalam makluman (kami) juga konsert ini mendapat permit kelulusan dari Majlis Daerah Marang sendiri,”jelasnya.

IMG-20141031-WA0096Menurut Aswadi, penganjuran konsert itu menggambarkan sikap tidak peduli kerajaan dengan sensitiviti rakyat sekaligus kontra dengan dasar kerajaan sendiri.

Katanya, ia bukan sahaja melanggar garis panduan hiburan yang ditetapkan bahkan meluluskan hiburan bersifat ‘hedonistik’ itu menjadikan golongan muda terus khayal dan tenggelam dengan tuntutan hawa nafsu semata-mata.

“penganjuran konsert menggambarkan sikap kerajaan terhadap program hiburan melampau membabitkan artis-artis yang tidak mengikut syariat.

“Hiburan merupakan elemen berpengaruh terutama sekali di kalangan golongan remaja sepatutnya bersifat mendidik akan mendorong golongan remaja untuk mengembangkan sahsiah diri mereka secara positif.

“Akan tetapi sekiranya mereka menerima pendedahan dari hiburan yang bersifat hendonistik, ia akan mendorong golongan muda ini untuk bertindak menurut kepuasan hawa nafsu semata-mata,”ujar beliau

Oleh itu, PAS menggesa pihak Yang DiPertua Majlis Daerah Marang memberi penjelasan mengapakah konsert tersebut yang tidak menuruti peraturan dan garis panduan hiburan negeri itu diluluskan untuk tontonan khalayak ramai.

Pemuda PAS juga mendesak pihak Pejabat Agama Daerah Marang agar beftanggungjawab dan mengambil tindakan segera ketas penganjur konsert tersebut.

“Ketegasan serta keprihatinan dari pihak berwajib serta masyarakat adalah perlu untuk mengelakkan golongan muda dari terus dibanjiri unsur yang boleh merosakkan akhlak,

“Kami menyeru Yang DiPertua Majlis Daerah Marang dan juga Pejabat Agama Marang bertanggungjawab dan memberi penjelasan di atas penganjuran konsert tidak bermaruah ini. Mohon pihak berwajib lebih peka dengan sensitiviti umat Islam,”tegas beliau.