KUALA TERENGGANU – Solidariti terhadap Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyaksikan hampir 1,000 orang ahli dan penyokong PAS berhimpun di perkarangan dan luar kompleks mahkamah tinggi di sini semalam.
Ustaz Abdul Hadi yang tiba di mahkamah tersebut jam 9.00 pagi bagi menghadiri perbicaraan kes saman fitnah oleh bekas calon Parti KeADILan Rakyat (PKR) bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadapnya.
Beliau yang berdiri sebagai saksi pihak defendan, menjawab kesemua 23 soalan yang dikemukan oleh para peguam dengan lancar kira-kira pada jam 11.10 pagi.
Namun begitu, perbicaraan yang berlangsung ‘lancar’ di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu, Dato’ Mohd Yazid Mustafa, terpaksa ditangguhkan kepada 23 November kepada berikutan ketidakhadiran saksi bagi pihak plaintif.
Menurut Ketua pasukan peguambela Haji Asmuni Awi, wartawan akhbar harian Kosmo masih gagal hadir ke mahkamah buat kali kedua, walaupun telah dikeluarkan waran tangkap!
Beliau berkata, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang juga ADUN Bandar turut dipanggil hadir di mahkamah sebagai saksi pihak plaintif.
“pada perbicaraan pagi ini pihak plaintif telah memanggil seorang saksi Azan Ismail yang merupakan pengerusi PKR negeri Terengganu dan juga ADUN Bandar,
“beliau telah memberi keterangandan selesai pagi tadi dan sepatutnya seorang lagi saksi pihak plaintif yang dipanggil iaitu dari pada Kosmo,
“walau bagaimana pun saksi tersebut tidak dapat hadir dan sungguhpun waran tangkap telah pun dikeluarkan malangnaya ia tak dapt dilaksanakan,”ujar Asmuni kepada pihak media.
Katanya, pihak beliau, pihak defendan telah selesai dengan keterangan daripada Ustaz Hadi sebagai saksi utama dan saksi kedua YB Ariffin Deraman yang juga ADUN Alor Limbat.
Katanya, mahkamah telah menetapkan tarikh pada 23 November ini lepada pihak plaintif untuk mengemukakan saksi mereka dari akhbar Kosmo dan meneruskan hujah secara lisan.
Haji Asmuni berkata pihaknya tidak pasti smada pihak mahkamah akan membuat keputusan atau sebaliknya pada hari tersebut.
Selain beliau, tiga orang peguam lain yang mewakili Ustaz Abdul Hadi Awang adalah Mohd Fitri Asmuni, Saifuddin Osman dan Zubir Embong
Manakala pihak plaintif Mohd Shamsul Mat Amin pula diwakili oleh peguam dari Tetuan Vasudevan A & Co.
Antara pemimpin PAS yang hadir ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub, Dato’ Tuan Ibahim Tuan Man, pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato’ Dr Mahfodz Muhammad, Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat, AJK, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Nasrudin Hassan dan beberapa Pesuruhjaya PAS negeri-negeri seluruh negara.










