Terengganu, Malaysia

Besut ‘Pintu Masuk’ Tawan Terengganu PRU14

Besut ‘Pintu Masuk’ Tawan Terengganu PRU14

BESUT – PAS Kawasan Besut akan bangkit dan berazam menjadi ‘pintu masuk’ bagi gelombang menawan negeri Terengganu pada pilihanraya umum kali ke-14 (PRU14).

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Ustaz Riduan Mohd Nor berkata PAS Besut akan menggerakkan jentera di peringkat cawangan-cawangan di seluruh Besut bagi memastikan usaha memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

“PAS Besut telah berjaya mencapai sasaran yang pertama untuk menggerakkan jentera PAS (di peringkat) akar umbi untuk memastikan (pada) PRU14, Besut mampu menyumbangkan sesuatu kepada kemenangan di negeri Terengganu,”ujarnya.

IMG-20141025-WA0031Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Besut berkata demikian ketika ditemui pada Konvensyen PAS Kawasan Besut, di sini pada Sabtu, 25 Oktober.

Katanya, perbincangan dan perbahasan serta pengisian Konvensyen tersebut oleh para pemimpin memberi pencerahan kepada semua ahli tentang hala tuju PRU14.

“yang pertama (untuk kejayaan PRU14) mereka mestilah menghidupkan amal tarbawi diperingkat cawangan (dengan menggerakkan) usrah, tamrin dan sebagainya,

“yang kedua supaya ahli-ahli PAS di Besut mengambil kira untuk tidak melibatkan diri dengan apa-apa kelompok yang cuba untuk menidakkan Majlis Syura Ulamak,”jelasnya.

Beliau juga memberi peringatan supaya, ahli-ahli PAS Besut berada dalam ‘kesatuan pemikiran dan tindakan’ dengan tidak mewujudkan ‘jama’ah dalam jama’ah’.

Dr Riduan yang juga bekas calon Parlimen Besut pada PRU13 melahirkan sukacita kerana Konvensyen PAS Kawasan Besut 2014 berjaya merapatkan saf dan ukhuwah di kalangan para ahli.

“dan Alhamdulillah (saya) nampak ahli-ahli kita faham (dengan) diberikan pengisian oleh pemimpin tertinggi (parti), dan juga ahli-ahli kita kelihatan gembira,

“kerana himpunan ini kita dapat mempertautkan ukhuwah dan juga merapatkan jurang antara pimpinan PAS di peringkat kawasan dan peringkat cawangan-cawangan,”ujarnya lagi.

http://youtu.be/oPL3yyteIYc

Lihat juga berita dan artikel di http://buletinonline.blogspot.com/

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan