Kuala Berang, HULU TERENGGANU – Hasil kutipan sumbangan dari projek ‘Wakaf al-Quran’ yang dilancarkan oleh Yayasan Amal cawangan Terengganu sejak beberapa bulan lalu, sebanyak 2, 000 nasakah mushaf al-Quran telah berjaya di edarkan kepada mereka yang memerlukan.
Menurut Ketua Deligasi Misi Kemanusiaan Antarabangsa Yayasan Amal Terengganu ke Sudan dan Jordan, Dr Suhazeli Abdullah berkata, sebahagian besar mushaf tersebut di edarkan di Sudan dan bakinya di kem-kem pelarian Syria di Jordan.
http://youtu.be/KL7ffnDPVVU?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q
“alhamduliLlah……kita ucapakna terima kasih atas sokongan semua pihak yang menjayakan projek ‘Wakaf al-Quran’ di mana sebanyak 2, 000 naskah telah kita beli hasil sumbangan rakyat Malaysia,
“kita juga bersyukur kerana pihak Yayasan Ehsan Sudan telah membawa kita kepada satu kilang……kilang percetakan mushaf al-Quran bagi seluruh benua Afrika dan kita mendapat tawaran harga yang lebih baik,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Bedah Siasat (Post-Mortem) Misi sempena Eidul Adha, Korban dan Akikah di Sudan dan Projek ‘Edu4Syria’, yang diadakan di sini, semalam.


“In sha Allah, pihak Setiausaha Kerja dan pejabat Yayasan Amal Terengganu sedang berusaha gigih bagi memastikan semua peserta korban akan mendapat sijil penyertaan masing-masing,”jelasnya.
Beliau menyeru kepada semua pihak agar dapat menghubungi pejabat Yayasan Amal Terengganu di Taman Hidayah Gong Badak Kuala Terengganu atau menelefon Saudara Ikhwan 011 1069 3390 untuk maklumat lanjut.





























