KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) merakamkan rasa kekecewaan dan kekesalan terhadap rombakan jadual perlawanan Piala Malaysia yang melibt pasukan negeri Terengganu.
Pengerusi Lajnah Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan DPPNTAhmad Zulkarami bin Salleh, penukaran jadual perlawanan itu bukan sahaja menjejaskan perlawanan antara negeri Terengganu bahkan perlawanan separuh akhir yang dijadualkan turut ditunda.
“rayuan pasukan Terengganu untuk mengekalkan tarikh perlawanan pada 11 Oktober telah ditolak FAM.
“Pihak FAM terus diberikan teguran oleh pelbagai pihak termasuk peminat tegar bola sepak seperti persatuan penyokong dan sebagainya
“Malangnya FAM seolah-olah langsung tidak memandang serius dan memainkan peranan yang sesuai untuk menyelesaikan kemelut sukan berprestij ini,”ujarnya.
Beliau berkata, insiden penundaan jadual yang berkebetulan melibatkan pasukan Terengganu ini, sudah tentu menimbulkan kekecewaan seluruh penyokong pasukan Terengganu terhadap FAM.
Lebih parah lagi, kata beliau, ia mula mencalarkan kredibiliti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai peneraju industri sukan bola sepak negara.
“Sepatutnya rombakan jadual tersebut dibuat atas persetujuan bersama oleh kedua-dua pasukan. Ini memandangkan persiapan, pengurusan kepada tarikh tersebut sudah dibuat.
“Ini termasuklah faktor persiapan pasukan penyokong yang telah diatur sejak awal untuk bertapak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin,”jelasnya.
Zulkarami berkata, DPPNT melihat alasan-alasan yang dikemukakan tidak sepatutnya menjadi penyebab kepada penangguhan perlawanan tersebut.
DPPNT tidak mahu mempersoalkan kuasa FAM untuk merombak atau meminda jadual mahupun peraturan, namun mahu membawa FAM melihat kesan akibat tindakan yang dilakukan oleh pihak FAM itu. A
Antaranya, kata beliau, sudah tentu ia menimbulkan rasa tidak puas hati pihak pasukan mahupun penyokong, sekaligus menggambarkan tahap profesionalisme pihak FAM dalam menguruskan perlawanan bola sepak negara.
Oleh itu, FAM dipohon agar mengendalikan penganjuran pertandingan secara lebih berhemah agar dilihat adil dan berlaku adil.
“Mutu pengadilan perlu dipertingkatkan, diskriminasi yang dilihat umum terhadap pasukan-pasukan tertentu mesti dibuang, pengurusan FAM mestilah profesional dalam menguruskan pasukan dan krisis yang wujud,”tambah beliau










