Terengganu, Malaysia

RM200K Dari Seluruh Rakyat Malaysia Untuk Program ‘Edu4Syrian’

RM200K Dari Seluruh Rakyat Malaysia Untuk Program ‘Edu4Syrian’

PENGARAH Program Pendidikan Untuk Pelarian Syria ‘Edu$Syrian’ Cikgi Mohad Fauzi Abu Samah mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah menyumbang bagi pihak Yayasan Amal Terengganu menjayakannya.

Beliau berkata, kutipan sumbangan tersebut yang berjumlah kira-kira RM200, 000 telah dibawa bersama Delegasi Misi Kemanusiaan Antarabangsa Sudan dan Sempadan Syria di Jordan.

“Alhamdulillah kita telah berjaya mengumpulkan sejumlah duit…….. sekarang ni kita dalam perjalanan ke Sudan selepas kita berjumpa dengan wakil kita di sini (Jordan),

“untuk menyerahkan sejumlah duit lebih kurang hampir dalam RM 200, 000.00 sumbangan seluruh rakyat Malaysia kepada projek kita Edu4Syrians,”ujarnya ketika ditemui wakil KAMI di lapangan terbang antarabangsia Queen Alia, Amman, Jordan.

http://youtu.be/Cp0XGzNM4WE

Menurutnya, sekembalinya dari menyempurnakan program korban di Sudan pada 8hb Oktober nanti, delegasi misi Kemanusiaan akan berkunjung ke kem pelarian Syria yang terletak di Irbid dan Mafraq, Jordan.

“kita akan kembali sekali lagi di sini untuk kita pergi melawat, menziarahi saudara-saudara kita di kem-kem pelarian yang terletak di Mafraq dan juga di Irbid untuk kita menyampaikan sumbangan itu,”jelasnya.

Beliau berharap sumbangan berterusan dapat dibuat oleh rakyat Malaysia kerana pihak Edu$Syrian masih kekurangan kewangan sebanyak RM800, 000.

Katanya, sekolah yang akan dibantu di kem pelarian tersebut memerlukan lebih RM1 juta setiap tahun bagi mengongkosi pengurusannya termasuk membiayai saguhati kepada para guru dan kelengkapan untuk para pelajar.

Delegasi Misi Kemanusiaan Antarabangsa Sudan dan Sempadan Syria di Jordan, Yayasan Amal Terengganu telah selamat berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur pada Rabu 1 Oktober.

Mereka singgah di Jordan sebelum ke Sudan bagi menyampaikan sumbangan orang rami itu kepada wakil badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang terlibat secara langsung dengan meningkatkan tahap pendidikan di kalangan para pelarian.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan