Tun Mahathir Masih Menganut Ajaran ‘Politik Suku Ugama Suku’

1074


Sehingga kini, walaupun telah tujuh tahun bersara daripada Presiden Umno, beliau masih lagi menganut ajaran “politik suku, ugama suku”.

(Gambar – Pekida, kumpulan paling ramai menyertai Melayu Bangkit)

Ia terserlah apabila beliau ditanya pemberita berkenaan pemberian lesen judi bolasepak selepas berucap dalam program Perhimpunan Melayu Bangkit disini, hari ini, Isnin, 14 Jun.

”Saya punya pendapat mungkin berbeza sikit dengan banyak orang lain. Saya berpendapat samada ada lesen atau tidak, judi memang ada dinegara kita, keranaorang-orang Cina memang suka berjudi.

”jadi kalau dia berjudi tanpa lesen tak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa,”ujarnya.

Sehubungan itu beliau mendakwa bantahan besar-besaran, melalui himpunan dan demonstrasi yang dilakukan oleh umat Islam dan rakyat Malaysia sejak beberapa minggu lalu adalah hanya semata-semata kerana politik dan tidak ada kena mengena dengan ugama.

”Itu bantahan itu politik bukan kerana Islam, takkanlah DAP pun nak dokong ajaran Islam, DAP pun dapat menyertai, ini politik, politik parti pembangkang nak cari isu,”katanya apabila ditanya tentang bantahan yang telah dilakukan terhadap lesen judi sukan, khususnya judi bolasepak yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

Beliau menuduh Pas hanya memperalatkan ugama dan Muktamar Pas yang berlangsung baru-baru ini, tdak mengambil keputusan untuk mendesak supaya semua judi diharamkan.

”sedangkan dalam Muktamar Pas ada cadangan supaya semua jenis judi diharamkan, tapi Pas tak ndak, sekarang ini terdapat judi di Genting Highland, Sport Toto, macam-macam judi yang ada, tapi dia kata yang ini saja tak boleh, yang football, sport punya judi, ini sahaja tak boleh,”kata Dr. Mahathir.

Justeru, katanya, hal judi adalah hal politik, yang tidak harus dikaitkan dengan ugama.

”Jadi ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama. Bagi Pas ugama adalah alat politik, bagi mereka,”katanya.

Beliau mengakui terdapat sumbangan yang diberikan oleh tauke judi Vincent Tan kepada Umno dan turut mengaitkan parti-parti lain sebagi penerima sumbangan daripada Vincet Tan.

”dia tak kata ini adalah RM500 juta untuk Umno, orang lain pun dapat, saya fikir Vincent ni dia bagi duit bukan sahaja kepada Umno, saya ingat dia bagi kepada parti lawan pun sama,”dakwa Mahathir apabila ditanya adakah lesen judi diberikan kepada Vincent Tan kerana beliau menyumbang kembali wang kepada Umno.